budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

assalamualaikum..

fuhh~! setelah sekian tak berapa nak lama, dah berhabuk plus berlalang bagai baru lah berjaya bukak belog pinkky ni . rindu sangat nak membebel dekat sini, tapi apakan daya masa sangat tak ada. lagi lagi sekarang nak masuk bulan puasa. bz jangan cakap lah. sekarang pun tengah sibuk uruskan nak pindah rumah. hehehe. excited raya tahun ni raya kat rumah sendiri. walaupun sebenarnya rumah tu sekangkang kera je dari rumah mak. heheheh.

sekarang pun tak da masa nak jalan jalan, holiday, bershopping dan segala nya kerana kesihatan yang tidak menentu. jalan sekejap pon da mengah + pinggang sakit.  dan hari ni kandungan saya da mencecah 23minggu = 5 bulan 3 minggu. nak masuk 6 bulan dah. pejam celik pejam celik lagi bapa bulan je lagi nak menanti LIEYANA/HAFIZ junior.♥



ini pic latest. dengan anak buah and anak buah baru. tu baby kembar saya. heeheh~



dan saya sangat sedar saya dah sangat besar di situ. heheheh.sebelum dan selepas kata nya >.<

sekarang ni duduk kejap pun dah tak boleh . pinggang sakit sangat sebab baby dah ambik sikit zat dari saya. tak pelah untuk mu sayang. ♥ jantina baby tak dapat di kenal pasti lagi, di sebab kan dah 3 kali scan tapi baby tak nak tunjuk. alaaaa baby malu la. heheheh. tak pe sayang , janji sehat, kuat, cukup sifat nya ♥

doa kan saya semoga semua nya berjalan dengan lancar ♥

okay u olls, saya nak balik ni. update laju laju pinjam pc member opis :)

n tankz pada readers yang rajin singgah walaupun blog ni 5 bulan sekali pun belum tentu ber update. tak macam dulu da. :)

salam sayang. dan selamat berpuasa to all muslimin dan muslimat. semoga puasa tahun ni mendapat hidayah dan berkat dari nya. amin. dan semoga saya boleh puasa penuh tahun ni :) insyaALLAH.

selamat bakal jadi ibu... follow anda sekali...



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik