budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..

Archives

gravatar

9 bulan 7 hari

assalamualaikum

hari ni aku dah genap 9bulan 7 hari. tapi due date dokter bagi 31/10/2012 ni. makna nya ada lagi dalam 2 minggu macam tu la. aku dengan suami sendiri terkompius macam mana dokter kira kan.

sekarang kalau berjalan memang ada rasa sakit. berdebar debar gak kalau tetiba sakit kan, tapi dah tanya dokter, dokter cakap itu normal sebab baby da kat bawah sangat. so dokter cakap tunggu masa jela.


aku harap sangat semua nya berjalan dengan lancar, dalam hati memang ada jugak terlintas rasa takut tu bila terkenang kan macam mana lah rasa sakit yang akan bakal menjengah nanti, tapi rasa tak sabar nak tengok baby mengatasi segala nya. aku harap sangat di permudah kan segalanya. YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN LAH SEGALA URUSAN . KAU BERI LAH AKU KEKUATAN . KAU SEMPURNAKAN LAH ANAK DALAM KANDUNGAN NI SEBAIK BAIK KEJADIAN YA ALLAH. :)

9 bulan ni jugak la tetiba tergilakan aiskrim, xkesah la aiskrim ape pun. kalau xdapat satu hari rasa macam nak menangis jeee...last last buat sendiri. puas hati kauu! hahaha

da 9 bulan ni kaki bengkak balik. nak berjalan memang sakit. lutut pun ke main sakit. kalau da duduk nak bangun memang seksa.


xde perbezaan kan?? bhahahhahhaaaa....perbezaan kat perut je :p

di kesempatan ini, aku harap sangat korang doa doa kan lah jugak untuk aku dengan baby aku, semoga semuanya berjalan lancar. :)


k lahhhh~! rehat kejap.......






























+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

pengalaman part 2

assalamualaikum...

ha kemain tau tetibe ada PENGALAMAN part 2. banyak masa nak update blog la tu kan....
tengah bosan bosan tak tau nak buat apa, nak la sambung cerita PENGALAMAN tempoh hari. PENGALAMAN ape? PENGALAMAN BAKAL MENJADI MUMMY TO BE. hehe

khamis ni aku officially 9 MONTH. SEMBILAN bulan derrrrr. hati?? cuak tak de, tapi excited sangat.
selagi tak bersalin , selagi tu la kalau jalan jalan shopping complex ada je barang baby yang nak di beli nya.
baju jangan cakap la, banyak da. anak first kan, semua BARU apa salah nya :)

sepanjang aku pregnant 9 bulan ni, ke MENGIDAMAN Aku tak delah TRAGIS mana.
baru aku tersedar, sepanjang mengidam ni , banyak sangat lah mengidam dekat KUIH MUIH.
macam donut, seri muka, kuih lapis. yang lain lain tu, bubur merah, bubur pulut itam (ni kakak aku buat kan~!) tenkz kak :) ,tomyam, sup tulang, buah delima, nestum,mee sizling, nasi ayam, cendol, pisang goreng, biskut lemak, nasi lemak sambal sotong, . haaaaa aku rasa itu jela kot. sekarang cuba ko cakap simple ke tak simple???  bagus anak umi, tak mintak yang bukan bukan. tak nyusah kan ayah. hehehehe

ni gambar dekat genting. time ni baru lepas majlis . tengok inai kat jari merah menyala lagi. hehe

ni gambar kat genting jugak. time MERDEKA tempoh hari.
masa awal bulan pertama pregnant berat aku 50 kg, sebelum kawen 45 + 48  kg. lepas kawen terus naik der.. bhahahaha. sekarang berat 61.7 kg, naik 11 kilo macam tu la kan. hope sangat la dapat slim balik lepas bersalin. hihihii, da tak sabar nak shoping baju lawa lawa ni ha!

hari hari sebelum tidur, asyik terfikir, macam mana ye sakit bersalin tu. hiiiiii. kekadang ada jugak terdetik dekat hati macam mana lah sakit nya kan, tapi excited nak tengok baby dah mengatasi segala nya. haaaaa kemain tau~

da dekat 9 bulan ni, aku harap sangat semua nya berjalan dengan lancar. doa kan kami berdua selamat :)

okay lah. jum makan dulu~ adioss. assalamualaikum..


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

pengalaman

assalamualaikum..

hari ni rasa nak kongsi pengalaman. pengalaman apa? pengalaman jadi mummy to be la. alahaiiiii..
mentang mentang tunggu masa je ni ha. heeee

sekarang kandungan pun da cecah 8 bulan 3 minggu. minggu depan da 9 bulan da. auww seram u.
dulu masa post entry ada cakap nak share pengalaman pregnant dari first month sampai nak bersalin, tapi apakan daya. janji tinggal janji je kan. hehe. maaf lah , ketidak ada masa lah yang berlaku nya situasi sebegini.

now duduk rumah goyang kaki tunggu bila lah baby ni nak keluar. suami hari hari tanya, baby. bila nak keluar ni?. kalaw suami kat tempat keja, setiap masa kalau boleh nak msg tanya, da nak bersalin ke? how laaaa. hahaha. kita yang steady ni pun boleh jadi cuak nak tido tau. asyik terfikir macam mana lah kalau kita sakit nak bersalin tapi suami kat tempat keja. pastu call tak answer. ha punya jauh fikir tu. hehe

okay da mrepek sangat pembuka bicara tu. sepanjang pregnant, alahan paling teruk adalah pada trimester yang pertama iaitu 3 bulan awal. korang korang yang follow blog mesti tau kan, yang aku mabuk teruk der.
cuti tanpa gaji sebulan. tak larat nak bangun, tak larat nak mandi, tak larat nak buat apa pun. yang boleh baring baring dan BARING. tu je. fuhhhh. dasyat lah.

pulak tu, jerawat tumbuh melata dekat muka aku der. panic siot siap suruh suami beli pencuci muka lain lain. mana la tau pencuci muka tiba tiba expired kan. oh rupanya PEMBAWAKAN BUDAK.

LEPAS 3 bulan tu, da NORMAL, start pergi keja, start nak makan banyak, start lah HOBI SUKA MASAK. haaaaa tu diaaaaa. pelik tak pelik. budak ni sepanjang REMAJA kate nya memang tak pernah masak u, sekali da masuk dapur terus jadi CHEF. bhahahaha.

lepas tu ada satu tahap tu terlampau gila kan coklat. ha ambek kau sekarang tak pasal pasal kena kencing manis. how?? kena MINUM AIR GULA SUPER SEDAP sampai demam der. kau boleh????
tinggi gula dalam badan = 8.3. sekarang ko cakap tinggi ke tak tinggi tu??

bermula la episod hari hari minum air suam je, air berwarna ke bergula ke tak pandang langsung sebelah mata. TAPI hanya untuk 2 minggu. LEPAS tu kembali ke rutin harian. bhahahhahaa. mana boleh tahan der, makan MCD, suami minum air coke kita minum air mineral. kau boleh tahan ke???? grrrrr. emosioanal tau!!

bila da 7 bulan. TETIBA DA 7 bulan. hahahah. kaki mula la bengkak gila. nak jalan pun sakit. tapi nampak kaki comel je. hahahaha. sempat gak  la bengkak bengkak tu pegi naik genting bagai. walau pun hakikat nya kau bayar tiket seorang RM 50 untuk out door tapi kau langsung tak boleh main ape pun sebab kau PREGNANT. adalah sangat mengecewakan dan tragis saat itu, sampai satu tahap kau da beratur panjang² tapi bila turn kau je '' MAAF KAK, AKAK TAK BOLEH NAIK SEBB AKAK PREGNANT.
oiiii aku bayar tiket la weyh!! huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. terus terang gua cakap derr, gua nangis . hahahahaha.

jeles tau suami dapat main sume. aku dapat gak, dapat TENGOK.


Bila dah masuk 8 bulan, kemalasan aku da terserlah. sebab apa? sebab dah tak larat. bejalan pun tak larat ape pun tak larat. tapi still rajin memasak . hehe sebab duk rumah kan, mana keja da. so apa lagi nak buat.
masak, kemas rumah tu jela.

anyway, pengalaman paling seronok sekali time pregnant ni  bila tengok PERUT GERAK SANA GERAK SINI. TERBONJOL KIRI KANAN. perrghh gua cakap lu, seronok weyh~!!!!!! tak tau nak cakap apa. :')


tak sabar nak tunggu baby ni keluar. baby keluar cepat. umi tak sabar da ni nak main dengan baby. errrr kejap kejap IBU, kejap kejap MUMMY, pastu sekarang UMI pulak. mana satu?? IBU = suami nak, MUMMY = aku yang nak. UMI = tetibe je... bhahahahaha. so tak kisah la mana mana. ada i kesah? lalalalalla

ok la. jum makan~! sekarang asyik lapar je, sebab baby pun da besar kan, kuat makan! umi tak. langsung tak. :p


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

lambat ke?

assalamualaikum.
ha macam biasa , macam selalu. aku memang suka update blog lambat.
tapi aku nak update gak . SELAMAT HARI RAYA~!! ke main tau, raya da abes 16/9/2012 hari tu. hari ni baru tergedik gedik nak buat entry. bhahahaha. harap paham. mak buyung ni tak berapa nak sihat la. dekat opis banyak kerja nya, dekat rumah jangan cakap la. nak jaga SUAMI lagi. hehehee
hari ni 18/9/2012. da dua hari SYAWAL meninggal kan kita. terasa lagi kesyahduan nya.
tak banyak nak cerita pasal SYAWAL ni. er memang tak nak cerita pun.  bukan tak seronok wal hal,
raya tahun ni sangat la seronok even dapat duit raya RM7 ringgit. hhehehe




 TAPI TATKALA TANGAN NI LAJU nak mengeluarkan idea idea yang seronok, kepala ni pula buat hal dengan tiba tiba, pening pula. terus rasa nak stop dan simpan je entri ni dekat draft, tapi takut akan di PUBLISH pada tahun hadapan pula. memandangkan tengah tunggu masa ja nak bersalin kan. nanti pantang
tak da masa nak update update blog ni sebab mesti bz bagi anak susu. hehehe

so pening pening ni. kita taip laju laju la habis kan mana yang patut.

ni gambar pagi raya. dekat rumah sendiri. hehehe. >.<




wah mak buyung tengah sarat ni sempat naik genting highlands lagi u olls. hehehehe
sekarang mak buyung ni da 8 bulan lebih. tunggu masa je ha. bulan ni pon last keje, lepas ni duduk rumah diam diam tunggu baby keluar :)

korang doa doa kan saya ye. harap semua nya baik baik sahaja :)

terpaksa stop la. kepala da berat sangat ni >.< uwaaaaaaaaaaaaaa

assalamualaikum.






+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

21 ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.
start menaip dekat blog ni pukul 3.29pm. sekarang dah 21 ramadhan bersamaan dengan 7 bulan kandungan saya.

macam mana persiapan raya? okay satu apa pun tak beli lagi. langsung tak ready. macam raya  lagi 3 minggu padahal lagi bapa hari je lagi. nampak tak sendiri tanya sendiri jawab?

sekarang memang tak da rasa nak raya walaupun kejap je lagi nak pergi ambik roadtax kereta yang da siap. (ada kena mengena tak??)

sekarang ni jugak baby dalam perut ni kemain tendang tendang. ligat sangat. 21ramadhan ni jugak lah kita da 4 hari tinggal puasa. sebab tak larat, abah mak dengan suami bising tak bagi puasa. sebab kesian dekat baby dalam perut. tapi tak delah kita derect tak puasa 4 hari.  selang selang la. habis hancus musnah harapan nak puasa penuh tahun ni >.<

sekarang ni jugak abah tengah tak sihat. baru dapat berita abah kena kanser. kanser hati tahap dua. masa mak bagi tau , saya tengah sibuk goreng ikan nak buat buka puasa. sekali mak bagi tau terus nangis laju laju. terus rasa lemah longlai. terus tak de semangat la. sebab memang tak pecaya.

zahir nya abah sangat sihat. tak nampak macam sakit pon walaupun abah memang da kurus sikit. tapi tak delah langsung terlintas sampai KANSER. semalam abah cakap dekat mak, abah dah tak de mood nak pikir pasal raya. doc cakap da kritikal. tak boleh oprate. so sekarang abah baru test makan ubat AL JABAR. saya pulak gigih carik maklumat untuk abah dalam internet pasal kanser ni. apa yang dia boleh makan apa yang tak boleh dia makan.

sekarang ni jugak tengah sebak tahan nangis.
semalam jugak tunjuk gambar cucu abah yang dalam perut ni.
abah senyum, suka tengok muka dia. abah gelak tengok cucu dia yang comel ni.
hari tu buat scan 4d.appoiment nya lepas buka puasa. jadi nya baby yang super comel dalam perut mummy ni pon menguap tak sudah. gosok gosok mata sebab mengantuk. tuuu tengah gosok gosok mata la tu. last last langsung tidur terus, tak nak tunjuk muka pon kat mummy ngn daddy.. doc cakap baby boy.  semoga anak mummy daddy sihat, sempurna hendak nya :')

k laaa..tengok. banyak nak cerita sebenarnya tapi tulah tak de mood sangat.  selamat berpuasa dan selamat bershoping sakan u ollsss... :)
doa kan abah kita sehat :)


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

abah..

dear abah.

semoga abah cepat sembuh dan di mudah kan segala urusan.

abah masuk wad semalam sebab ditect ulcer kat usus. pagi tadi tepon banyak kali tapi tak answer. lepas tu terus tak dapat. lepastu terus hati tak sedap. sekali dapat msg dari abang, abang cakap enset abah hilang. aikkk dekat hospital pun ada orang curik.  terus sakit hati dengar. da la orang tu sakit, bulan puasa lak tu, kat hospital. ishhhhh orang yang curik tu harap dapat la balasan nya. mencuri time bulan puasa kan. masyaallah...

lepas tu dapat tau kakak dekat hospital, terus tepon kakak. suh ingat kan abah wallet kena jaga jaga. bahaya.  hati tak sedap jugak. rasa sebak , rasa nak nangis.  kesian kat abah, baru 1st day kat hospital da kena cm tu. petang ni balik keja nk rushing rushing tengok abah kat hospital.

abah. kuat kan semangat. harap tak de pape. semoga cepat sembuh :')




+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

salam ramadhan ke 11

assalamualaikum.
lama da tak update belog (asal nak post entry baru je mesti ada ayat ni kan =.='')
haa pejam celik pejam celik da puasa ke 11. cam tak caya lak >.<
alhamdulillah masih puasa penuh. weeeee bangga jugak dengan pencapaian ni walaupun hari tu checkup kat klinik kena cucuk kancing gigi sampai demam menggigil², tapi tetap degil tak nak buka puasa. mak pulak tiap 5 minit tanya . larat tak. kalau tak buka je. anak nya tetap degil. hehehehe. akhir nya dapat gak puasa tau~! puasa ke 7 pulak bangun bangun je pukul 5.30am. haaaa ambik kau tak sempat nak masak ke apa. mak bancuh kan air milo je.  saya laki bini minum air milo dengan air suam . bangun bangun je tido suami ajak g lepak cc (cyber cafe) layan u-tube gelak gelak nak hilang kan rasa lapar. lepastu kejap kejap tanya suami. yang..yang... boleh tahan tak. suami lak sibuk suh kita buka sebab kesian kat baby. kat mak baby langsung tak kesian. T_T



tyme tu da pukul 4pm cm tu. oiiii sayang lah nak buka. pastu suami ajak jalan jalan pulak g tanjung harapan. lepak lepak sampai kul 6, terus gerak balik singgah bazar rantau panjang beli air + roti john (wajib hari hari ada) + ayam percik. pastu balik layan anak buah yang comel comel ni


Eryna Azzalea
 tup tup da nak buka. haaaaaa berjaya jugak puasa tau~! alhamdulillah. kalau boleh memang nak puasa penuh :)


sekarang baby nak masuk 6 bulan 3 minggu. aktif sangat, kekadang tu sampai tak boleh nak tidur sebab baby tendang tak benti benti. kemain lasak lagi anak ibu ni. nak tidur skang pun da susah.
mood raya belum terasa lagi tahun ni sebab roadtex mati pulak 2/8/2012 ni.  terbantut niat nak shoping :( uwaaaaaaaaaaa.. nasib baik seminggu nak raya suami dapat bonus. hehe

nasib baik jugak lah barang baby semua da settle. da beli baju baju newborn comel. pampers . botol susu. kelambu . tarmus. napkin. blanket. dll. kete sorong baby pon ayah dia da beli. kemainn excited kan. hehehehe...
da standby awal awal senang sikit. tak delah pening kepala nak pikir. lepas ni tunggu time nk bersalin je :)

baby rayyan anak chairman.

comel kan. saja nak letak pic ni. sebena nya nak tunjuk yang kita da kembang semangkuk tingkat ni. >.<

heeee.. ok lah. selamat berbuka u olls. :) akhir kata.  meh usha ni jap.

tengok dari atas belah kiri tu sampai yang besar ni ha. pipi tu bukti yang kita da bambam. hahahahaha. sekarang? jangan cakap la. lagi la berganda bambam =.=''

ok bye~! assalamualaikum...


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

assalamualaikum..

fuhh~! setelah sekian tak berapa nak lama, dah berhabuk plus berlalang bagai baru lah berjaya bukak belog pinkky ni . rindu sangat nak membebel dekat sini, tapi apakan daya masa sangat tak ada. lagi lagi sekarang nak masuk bulan puasa. bz jangan cakap lah. sekarang pun tengah sibuk uruskan nak pindah rumah. hehehe. excited raya tahun ni raya kat rumah sendiri. walaupun sebenarnya rumah tu sekangkang kera je dari rumah mak. heheheh.

sekarang pun tak da masa nak jalan jalan, holiday, bershopping dan segala nya kerana kesihatan yang tidak menentu. jalan sekejap pon da mengah + pinggang sakit.  dan hari ni kandungan saya da mencecah 23minggu = 5 bulan 3 minggu. nak masuk 6 bulan dah. pejam celik pejam celik lagi bapa bulan je lagi nak menanti LIEYANA/HAFIZ junior.♥



ini pic latest. dengan anak buah and anak buah baru. tu baby kembar saya. heeheh~



dan saya sangat sedar saya dah sangat besar di situ. heheheh.sebelum dan selepas kata nya >.<

sekarang ni duduk kejap pun dah tak boleh . pinggang sakit sangat sebab baby dah ambik sikit zat dari saya. tak pelah untuk mu sayang. ♥ jantina baby tak dapat di kenal pasti lagi, di sebab kan dah 3 kali scan tapi baby tak nak tunjuk. alaaaa baby malu la. heheheh. tak pe sayang , janji sehat, kuat, cukup sifat nya ♥

doa kan saya semoga semua nya berjalan dengan lancar ♥

okay u olls, saya nak balik ni. update laju laju pinjam pc member opis :)

n tankz pada readers yang rajin singgah walaupun blog ni 5 bulan sekali pun belum tentu ber update. tak macam dulu da. :)

salam sayang. dan selamat berpuasa to all muslimin dan muslimat. semoga puasa tahun ni mendapat hidayah dan berkat dari nya. amin. dan semoga saya boleh puasa penuh tahun ni :) insyaALLAH.


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

6 bulan lagi

assalamualaikum..

ke main besar salam tu ha. excited naw! haha

marilah sama sama kita countdown! haha. insyaallah kalau tak TER cepat atau TER lambat due date besalin 31/10/2012. so 6 bulan lagi. heeee. hati? berdebar debar tak sabar. takut? ada tapi rasa tak sabar da menutupi segala nya.

ramai mintak upload pic perut. suami tak bagi. tapi ri tu deting deting tengok bttleship dia pulak yang excited nak ambek gambar kite. heee pastu bagi pulak tu upload kat fb. mekaseh yunkk :D ohh ye! da lame baru dapat tengok bttleship. terbaik lah kan! rasa macam nak tengok lagi la :D

mula mula upload pic ni dulu, pic duduk







ramai cakap perut besar, sebab baru 3 bulan. n ramai sangat tanya. twins ke? ishhhhhh! kalau la masin mulut korang korang . dapat twins . seronokkkkk nye la hai! hehehe. tapi tak tahu lagi, minggu depan baru nak g checkup. :D RAMAI JUGAK YANG TEKA BABY GURLZ.. tak kesah la baby gurlz ke boy ke janji sempurna dan sehat hendak nya :)

so sebab ramai sangat cakap kenapa da 3 bulan perut besar sangat, kita cakap la mybe sbb duduk kot, si kita upload la pic berdiri pulak. hehe









ok. memang perut kita nampak besar kan.. hehehehe.. tak kesah besar ke kecik ke janji mummy n baby sehat :) kan.. hehe

korang korang doa kan la yang terbaik untuk kami k :)

ni ada doa doa untuk ibu ibu mengandung yang serupa dengan saya!
sama sama lah kita amalkan ye :) ok nak balik. malam ni ada dating lagi :D heheeh
assalamualaikum ♥


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

isu semasa

selamat hari jumaat. semoga hari ini lebih indah dari hari semalam. :D heeee

nak kata banyak keje, tak delah banyak sangat tapi sekarang memang malas sangat lah nak buat keje. hehehe. setiap 2 minit duk tekan news feed kat home facebook. nampak sangat lah bosan giler hari ni. pagi pagi tadi seronok lah berbalas komen, bila masuk tengahari ni mood nak tidur je yang datang. aiseyh.

di sebab kan tengah rajin menaip ni nak gak lah share pendapat tentang isu REMAJA atau BUDAK BUDAK BARU NAK UP ATAU BAHASA SEDAP NYE ORANG TAK SEDAR DIRI. ngeh ngeh ngeh =p

aku tak nak lah bual kan pasal isu pemakaian, gaya bebas diorang, or whatever. sebab kang aku cakap lebih lebih kang kena kat batang hidung sendiri. hehehe. tapi pasal isu ni aku langsung tak terjerumus okay! amboi bukan main tak aci lagi aku kan? hahahaha.

sebenarnya pasal isu ni aku nak bincang kan :-
korang nampak tak? rasa macam blur blur la pulak kan? aku paling n terpaling tak suka lah diorang guna bahasa ewww ewwww ni. bagi sesetengah orang diorang fikir bahasa macam ni soooo kreatif. bagi aku? kau bukan kreatif, kau perosak bahasa paling tegar ! gila aku benci dohhhhh. kan elok pakai bahasa biasa ni. senang nak paham, ni tak.. contoh nya :-

'' abg, jurm ur itew gie jenjalarn. bowsarn urh duwk rumah sowrang-ii ''
(baca : abg jum lah kita pergi jenjalan. bosan lah duk rumah sorang²)
aduiii sakit hati aku baca okay! bukan ke mak bapak korang hantar pi sekolah sampai tingkatan-5, siap sambung study lagi. korang ambek course mana yang ada subjek ajar macam tu =.=''
aku ni ha SPM je pun, okay je bahasa. ish ish ish. yang terpaling latest ayat yang ade -ii ni. menyampah nak tengok!

contoh lagi :-

'' kow skunk terjew kurt manerw? lamerw gurk urh xdewnga citew kow. duk turt manerw skunk? ''
(baca : ko skang keje kat mana? lama gak xdengar citer ko. duk kat mana skang?)

mana lah pergi akidah bahasa malaysia diorang ni kan? hahahaha. sakit mata ni tengok, sakit lagi hati ni weyyy! kenapa lah kena ada bahasa macam ni kan. aduhai nye ponnnnnnn =.='' turt turt, ingat kan turt keju ke turt nenas ke.

kepada yang mengguna pakai bahasa macam ni cepat cepat lah kembali ke pangkal jalan okay. kwang kwang kwang. =p

maaf pada yang terasa. hari jumaat macam ni bukan nak mengata mahu pun mengutuk, cuma nak berkongsi sahaja :D heeeee~

dah nak sambung layan facebook balik :D weeeee~


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

mengidam

assalamualaikum :)

hari ni baru terasa nak update blog :) n nak tau, ari ni adelah genap seminggu aku mula bekerja dengan sukses nye. selera makan jugak dah okay! hehe. tapi sejak due menjak ni pinggang sakit giler! tak tertahan rasa nya, kalau nak tidur tu azab je rasa nya. baru 3 bulan blom 6-7-8 bulan lagi. dugaan orang bawak baby :) sabar jela. heheheh.

cerita pasal mengidam ni, da name nya pun berbadan dua kan. mula la rasa nak makan itu ini. masa belum kawen tu, tengok orang mengandung terasa nak itu la ini lah.pelik je kan. n teringin sangat nak rasa macam mana rase MENGIDAM TU.haaa skang da rasa baru tau. kalau nak sangat tu, nak jugak! kalau lambat dapat siap boleh nangis u olls. hahahah..

2 minggu lepas, bangun je tidur terasa nak makan kuih seri muka. terus cakap dekat mak. 15minit lepas tu mak panggil dari dapur, tau tau da ada je kuih seri muka. terima kasih mak :)
minggu lepas masa ngah santai santai tengok nona kat tv3 tiba tiba terasa nak makan kuih donut pulak. aisey. masa pagi pagi tak nak terasa, ni da tengahari mana nak carik. pastu terus cakap dekat mak. kebetulan masa tu mak nak pergi tengok kakak dekat hospital. mak balik je terus panggil kat dapur, mak beli kan kuih donut dekat hospital. hehee tenkz mak.

err kenapa semua mak? suami mana? sepanjang nak n teringin ni, suami mesti keje. so mak je yang ada kat uma :D heheeh

n sekarang teringin lak nak makan nasi lemak sambal sotong. grrrr. da due hari tak dapat. mintak² hari ni dapat la. aduiii tengok gambar dia tak tahan wey..... help me!

dua hari lepas, g dating dengan suami. lama da tak dating sejak mabuk teruk ari tu. tapi kelua kejap je pergi makan pizza. then balik sebab mengantuk gila! tak tau lah kenapa sekarang keja nya nak tidur je =.=''da lama tak snap pic. dah lama tak de gamba baru. da lama tak kurus. hahahahah.ni pic latest. pipi bulat gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! err muka putih sangat sebab depan flash. hehehe. yang terlindung tu pulak gelap, padehal suami lagi putih dr kite. ngeh3 :p

14-4-2012 hari tu befday kawan baik nurul rasyha, masa tu jugak dia rasa sakit nak bersalin. padahal due date dia 17/4/2012. wahh untunglah dapat hadiah paling berharga :) baby girl 3.1kg.. tahniah yunk. comel giler!!

terus rasa tak sabar nak tengok baby aku lahir :')

p/s : Kata pakar perubatan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh wanita mengandung yang meningkatkan kepekaan deria bau( deria rasa ) . Agaknya sebab itulah biasanya mengidam membabitkan makanan bukan soal² lain.


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

indah










no words can discribe my feeling rite now :)

err nak tau sebab ape??

1- gambar kawen da siap.. yey! hahaha. akhir nya siap gak... :D nak tengok?

outdoor potrait ♥


malam berinai ♥

persandingan ♥


yey! suka gambar ni ♥





bagi tengok ni dulu okay. xdan nak update lagi. ni pon lagi 5 minit nak balik. rushing² update :)
sebenarnya da seminggu tak masuk keje. medical leave ........... alhamdulillah sekarang dah okay sikit :)

2-jeng jeng jeng... saye pregnant! hahaha. acctually da dua bulan pun :)
so sekarang dalam FASA mabuk teruk... waaaaaaaaaaaaa.. da 2 weeks tak makan nasi, bukan xnak makan tapi tak lalu nak makan. tengok nasik je nak muntah. PARAH!

------------------------------------------------------------------------------------------




okay! assalamualaikum.... sebenanye entry atas tu entry due minggu yang lalu, tak sempat update pon akibat tak larat tengok pc. dan ari ni lepas due minggu cuti, baru boleh bangun pegi keje dan sambung balik entry kat atas.. hahahaha.

ke main 2 minggu cuti. ni masuk opis pun macam biul biul sikit. pening pening lalat. pagi tadi siap siap nak p keje, suami bangun tak bagi g keje. amboii mentang mentang 2 minggu aku kat rumah terus dia suh berhenti kerja. tak mauuuuuu. sebab dekat rumah adalah sangat bosan T__T masuk je opis boss kol. boss bagi cuti lagi.. weeeeeeeee seronokkkkk.....

so tengah tak de keje ni nak la citer sikit pengalaman pregnant ni. heheheh.
kalau nak di ikut kan aku bunting pelamin. heheheh tyme sanding tu kire da pregnant la.
aku nikah 06-01-2012, sanding 4-5- feb- 2012...

due piriod aku bulan satu 24/1/2012.. so sebelum nak 24/2/2012 tu aku da rase lain. tekak ni mual je, makan nasik tak boleh. hari hari nak makan tom yam. lepastu hari hari nak makan jeruk pelam, kerap nak buang air kecil, selalu sehari 2 kali je sebab aku memang jarang minum. tapi time tu 5-6 kali nk p toilet je. then ada rase sakit dekat ari- ari. sampai search kat internet pasal permulaan pregnant. print terus tunjuk kat suami. sebab simptom² yang ada kat aku sebijik ada kat artikel tu lah. time tu memang berdebar².

bila da 24/2/2012, pergi kerja macam biasa. tunggu je bila nak piriod. hahahahaha. suami pulak kejap kejap msg tanye da piriod belum. kelakar lah masa tu. so mlm tu masing masing tak puas hati terus pergi 7e beli UPT (URINE PREGNANCY TEST) mula² beli yg rm11. balik cuba. keluar 2 line tp kabur sangat yg line ke 2

sumber google, lebih kurang macam ni. so masing masing muka kecewa, tak tau nak teruja ke tak. suami ajak kelua lagi beli UPT yang mahal cikit.. rm20. hahahaha.. hasil nya




pekat sikit kan.yang ni sumber dari aku. hehe. time ni pun tak tau nak teruja ke tak sebab tak tau keputusan nye macam mana,=.='' sengal. hahahaha. so terus g rumah kakak. kakak tengok terus kakak cakap ak pregnant. so balik rumah terus lompat kat suami. suami lak jangan cakap la hepy die mcm mana kan. sampai tak boleh tidur. hahahaha..

30/1/2012 pergi klinik nak check . terus docter suruh scan..


ni pun sumber google gak, nak scan sendiri punye, malas, heheheh. doc cakap da 5 minggu.... :')
seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk giler :D terus suami beli kan susu ANMUM. mula mula boleh minum. lepas da mabuk tengok pon tak lalu. tapi hari hari suami buat kan jugak paksa minum sampai muntah muntah sebab nasik tak makan kan. kesian kat baby.

so sepanjang pregnant ni bole makan roti canai, maggie kari, KFC. heheheh.. tu je yang lalu..
yang lain? tengok sebelah mata pun tak boleh :'(
bile da 8 minggu, pergi lagi klinik nak scan baby. pergi klinik pakar wanita. da scan, terus dengar jantung die, time tu nak menitis air mata. seronok nya hanya ALLAH je yang tau. suami? lagi la senyum sampai ke telinga. hehehe


lebih kurang macam ni lah baby 8 minggu = 2 bulan.

perkembangan baby nanti dari semasa ke same aku story lagi :)

3- baru lah dapat g honeymoon. tengah bulan 4 ni :D yey..

hari hari sekarang terasa indah ♥










+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥


Lepas je bace artikel kat atas ni, terus wahhhhhhh.. kenape comel sgt baby ni.... dalam perut dah nampak kecomelan nye.. hehhee. cerita kat suami, siap begenang air mata dia.. so sweet...
yang terpaling sweet yang no 9. '' Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.'' hehehehee...




comel sangat. nak baby cam nii. auwwww ♥♥


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

GENTING HIGHLANDS





haa nampak tak sekarang kalau buat TITLE tu stretttttt to da point je :D hahahhaha...






lepas majlis bertandang kat uma lelaki 6FEBRUARI lepas lepas lepas, satu hari je stay uma mak mertua, sebab dan akibat yang tak dapat nak di elakkan. antara nya kena pulang kan semua baju baju pengantin kat butik pengantin. sebab 9februari tu da start keje.

di sebab kan dah lama cuti, lama tak lama lah kan seminggu je punnnnnnn. terus terasa malas nak masuk opis 9februari tu malah terus rasa tak bersalah, suami isteri bangun kul 10 pagi, siap siap terus gerak pergi GENTING HIGHLANDS. HAhahaha.

sampai atas nak dekat pukul 3, kalau hari biasa taman tema yang kat luar tu dr kul bape eh lupe lak, sampai kul 6 petang je. so nak tak nak masuk jela. sorang RM50. Da kat dalam tu, main permainan kanak kanak je, yang langsung tak bahaya. kalau nak di ikut kan permainan yang paling bahaya suami isteri ni naik is
TADaaaa.. buaian pusing pusing. hahahhaa






yang kedua permainan aku rasa bahaya gak lah.... is


THE SHIP kot nama nya.. hahahhaaa sumber dr GOOGLE

PAStu
aku naik GAJAH. ahahahahaha. :p
muka hepi suami isteri naik gajah. hahahahah





:p






kalau dah naik genting, tempat wajib ambek gamba mesti kat BUS ni. boleh laa feeling feeling macam kat KOTA LONDON. hehehehe. bus ni like cafe, kalau beli makanan boleh makan kat dalam bus ni.




macam ni lah keadaan dalam bus tu. tyme ni dah tak de orang sebab dah nak pukul 6. kalau tak kemain full.



di sebab kan suami da berposing dekat dalam bus, aku berposing dekat tangge bus jela.. maen cak cak >.< heheehe




suami isteri ni gigih ambik gambar sendiri sebab tak de sape nak ambek kan gamba kami >.<




ni dekat coklat land. hahahah aku tibai je. sebab dah lupa nama nya, kat sini ade jual memacam coklat, suami isteri ni masuk sini sebab nak ambik gambar je, coklat? tak beliiiii pun :p



ni nek boat yang kena kayuh kalau nak bergerak, kalau tak nak kayuh pun boleh tapi tak bergerak lah boat nye. hahahha. sekali main 15 minit, tapi kitorang kayuh belum 5 minit lagi da pancit. hahahahahah. lepastu menggigil kaki.



ni dah penat da pusing satu genting. so lepak lepak jap sebelum balik.





okay lagi 2 minit nak pukul 6, jum lah kita balik, masing masing dah penat. :D





NI BUKAN HONEYMOON tau! hahahhaha. ok bye!


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

WEEDING PICTURES




okay. tak tahu lah dah basi ke ape cerita ni. hehehehe. tapi pedulik hape aku. aku nak hupdate jugak. hehehehe. lately aku busy sangat dekat opis ni. tak tahu lah apa yang banyak sangat keje sampai rasa nak berhenti je. haha. tak tak tak. sebenanye wat wat busy. padehal langsung tak de keje. hahahahah. okay, ni aku nak share weeding pictures aku . kalau korang ingat aku pernah mention tarikh weeding aku on 4 -5 -6 februari 2012. da lepas da. tp belum sebulan lagi kan. so kire maseh FRESH lagi la en. ngeeeee :D

4-FEBRUARI 2012 , Petang aku ada outdoor kat BOTANIC, SETIA ALAM


i'm a snow white



my hubby. love u syg ♥



sebelum bertolak, snap pic dulu >.<


with my prince charming :)


4 februari 2012 . MALAM TU PULAK MAJLIS BERINAI



with my lovely mama n abah ♥

da pengapit. di terbangkan khas dari JAYBEE. curlastttttt.. hehehe
my BFF aeen :)
gadis dan bunga >.<











5 FEBRUARI IS MAJLIS RICEPTION. HEEEEE~












with my lovely bff
da gojes . heheheeh ♥














orang kuat majlis :D wif my lovly sister ♥

6 februari PULAK MAJLIS BERTANDANG BELAH LELAKI


oren kalerrfamily belah hubby. meriah u olls ♥












6 februari TU JUGAK ADE OUTDOOR KAT BOTANIC,BUKIT TINGGI KLANG




cakk!!




n da last part is majlis bukak hadiah. ni hadiah kat uma aku. :) terima kasih pada yang datang n bagi hadiah , hehehehe , okay! akhir nya berjaya update satu entry yang mana gambar lagi banyak dari caption. hahahha. bukan ape, internet ke mainn lembappppp. sakit hatiii. dengan jem jem pc ni. huh! oh ya! sume pic sendirian berhad. yang dari cameraman tak dapat lagi. nanti da dapat aku update laju laju!

ok babai!


+ Wajib Baca Seterusnya..


Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik