budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..

Archives

gravatar

sembang kosong

Assalamualaikum.

adat manusia suka membeza beza kan. eh kau ada baju kaler merah je? aku ada kaler merah, hijau, kuning, coklat. eh kasut kau jenama pasar malam je? aku punya kasut polo, bataK, hush puppies. okay tu hanya contoh untuk pembuka cerita aku ni. ke main kan mukadimah panjang macam tu. tak tau la cerita nya macam mana nanti. aku tak tau la nak bagi tajuk apa. korang discript sendiri la apa aku yang aku taip ni okay! hahaha. blur!


SATU. korang kena tau tak semua umat yang boleh terima dengan cara macam ni.
mungkin kau rasa, ehhhhh ! aku just cakap je, tak kan sentap kot?. oi kamonnn la ! memang la kau cakap je, tapi kau tau ke orang tu macam mana. kau tau ke situasi dia.

DUA. kau perasan tak cara kau cakap atau membeza kan apa yang kau ada tu nampak macam kau ni KEREK. ehhh poyooooo lah orang macam ni. rasa macam nak lempang lempang je muka dia.
nak cakap tu kena lah dengan cara nya. ni kekadang, kau pakai bag jenama POLO, dia pon ada. kau dah nampak bag kau sama kau diam diam je tak boleh ke. tak payah la kau dok tanya harga dia. da kau pon sendiri  boleh tau kan dia mampu ke tak. tak payah la nak SHOW OFF SANGAT !

TIGA. kalau ya pon orang tu boleh belanja kau makan, boleh beli kan kau baju. boleh beli kan kau kasut. boleh beli kn kau kereta sebijik.tak perlu lah kau nak banding banding kan dengan dia yang memang terang terang kau sendiri faham dia macam mana. kau sendiri tau dia keja macam mana. tak yah la 4 5 6 kali asyik ulang yang dia tak pernah belanja lah, dia tak pernah belikan lah. ehhhhh ! kau ni! memang kalau depan mata orang macam ni, aku lempang je!

EMPAT. respect lah orang sikit. tak semua orang boleh terima dengan cara orang sekeliling. walaupun dia terpaksa nak paham tapi sikit sebanyak . mencalarkan hati dengan perasaan dia. mungkin kau tengok dia senyum. happy je depan kau, tapi belakang kau. paling teruk pon dia nangis je. please la eh!

LIMA. kau kena ingat. mungkin kau ada kat atas sekarang. kau mungkin mewah dan mungkin dia cukup cukup makan. tapi kita tak tau masa akan datang macam mana. rezeki masing masing. mana tau  orang yang kau dok perli perli, orang yang kau dok nganjing nganjing kan ni nanti lagi BERJAYA dari kau ! masa tu, kau jangan pulak jual bag polo kau tu. semata mata nak beli kasut brand JIMMY CHOO . nak tiru dia !

ENAM. Respect yourself, or no one will respect you.


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

SEKOLAH DAN CIKGU

Assalamualaikum.

rata rata bersepah dekat news feed facebook aku orang wish SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHERS DAY.  16-5-2013. hari guru yang bersamaan dengan 3 bulan dah abah pergi.

Sempena hari guru ni, rasa nak #THROWBACK segala benda . bukan dari tadika masa dengan cikgu SURAYA. bukan dr sekolah rendah dengan cikgu NORNITA , bukan dengan sekolah agama ustazah SITI tapi dengan SMK SUNGAI KAPAR INDAH. bukan melupa kan sekolah sekolah rendah. tapi sekolah MENENGAH banyak lagi cerita nya. almaklumlah time ni dah besar panjang. dah pandai bercinta. dah pandai ponteng kelas. dah pandai tidur time subject MATH. hahaha

JUST FORGET IT ABAOUT FORM 1,2,3. LETS BEGIN WITH FORM 4 N 5. yehhh TASAWWUR ISLAM. our class. class yang satu satu nya ALL MALAY ! class yang satu satu nya cikgu malas nak masuk. class yang satu satu nya nakal giler! class yang satu satu nya errr bape banyak satu dah ni. kikiki


TASAWWUR ISLAM







kalau tengok gambar gambar lama, macam ehhhh aphal dulu macam ni. perghhhh sakai nya lah! hahahahaahhaa, budak budak sekarang ni. dah tinggi lampai. dah smart ke main. ada yang dah jadi polis, jadi bomba lah. yang dah ada anak berderet pun ada. salah satu nya aku lah! tapi anak aku baru sorang ye. hehehe. dulu kemain bebal nya MASYAALLAH! degil lak tu. belajar tak nak. tapi alhamdulillah . bila dah habis sekolah semua nya kerja elok elok. macam tak caya je ! all the best semua!

penolong ketua tingkatan dengan pengawas yang ada dalam kelas tasawwur islam ni langsung tak membantu meringan kan beban cikgu dalam mengawal keadaan kelas. bhahahahaha. sikit pun pelajar yang lain tak heran. aku and the geng? lagi lah tak heran sebab pengawas dengan penolong tingkatan best friend kot! hahahaha. siap juin conteng conteng dinding lagi. kemain kan. hahahaha.

ni la bukti nya. hahahahaha. RINDU!


GURU kelas aku CIKGU ISNAINIYATON . THE BEST EVER TEACHERS IN MY LIFE! kemain kan? cikgu is sangat terbaik okayyy! cikgu terpaling aku sayang. muahh muahhh !
cikgu sporting habis. tapi sayang seribu kali sayang. cikgu terpaling aku suka pun, kalau cikgu masuk, aku and the geng rileks je sumbat telinga guna earphone layan lagu. tangan pegang pen. mata ushar buku. weyhhhh! fokus fokus!! result exam keluar! dapat markah tinggi. MACAM MANA ni? macam mana ni? hahahahahahha.. sendiri PK la weyh!

aphal lah muka macam ni =.='' gelak kan diri sendiri. hahahahaha. budak budak sangat muka ni tauuuu!

time sejarah lak, dari awal tahun sampai hujung tahun. buka nota just tulis nama je. satu nota pun tak da. hari hari dengar cikgu membebel. melawan cakap cikgu lagi. teruk nya lah! sorry cikgu khatijah!

time math dengan cikgu mazlan! sempoi lah cikgu! first day masuk kelas.  aku rilek angkat tangan!  AKU:cikgu saya memang tak minat math tau!
CIKGU : siapa yang tak minat math boleh tidur dekat belakang!

YA ALLAH heaven giler kot! terbaik lah cikgu mazlan ni. hahahahah seronokk! rasa macam hari hari nak ada subject MATH dalam jadual ! bhahahahaha

time BI lak. sir ape tah nama nya. lagi lahhh. hahahahaa. pantang ajak borak pasal bola. start je dari awal masuk sampai habis waktu, tu je la SIR weyhhhh! aku dengan kawan kawan, gayut sampai lebam dekat belakang. siap B/T lagu lagi. kiki.

time BM laaa time paling cuak bagi kitorang. kalau nak tengok pelajar dalam kelas tasawwur islam ni baik, time BM je la. CIKGU SUZANA paling the best la! garang giler kot! tapi comel! kalau ingat balik cubitan kecik dia. perghhh kawan aku ainun siap nangis lah kena cubit! hahahahaha. sumpah! tak pernah tak siap kerja sekolah. memang up to date segala nya. hahahahah ! cikgu i miss u so muchhh!!

bukan nak cakap apa. kitorang memang rajin study kat library. sebab sejukkkkk. hahahahahaha. kemain study. pui..






BBQ dengan cikgu. alolo comey comey  belaka semua. hihihi

























budak budak jahat ni. hahahaha sekarang semua dah berjaya dah! tahniah ye!




 paling cool sekali , kalau malas masuk kelas, call member member semua, tunggu depan sekolah. aku ambik diorang semua lepak mana mana. hahahahaha.  rileks je tau ponteng ponteng kelas ni.  tak pun kalau cikgu masuk pintu depan kitorang kua pintu belakang. ni memang wajib la ! wajibulgunnah orang kata! setiap subject! RINDU NYA!

setakat pakai stokin warna warni, pakai celak, pakai tudung pendek, sengseng lengan baju sampai siku, kuku panjang. aduhhhhh langsung tak pernah kena tahan masuk disiplin la. hahahahhaa. champion sangat tau!lepak lepak dekat bilik persalinan. siap boleh gunting gunting rambut. giler lah! memang rindu sangat lah masa sekolah! 

sekarang masing masing dah besar panjang. ada yang sambung belajar. ada yang dah berumahtangga. ada yang jadi suri rumah. ada yang dah jadi lawyer. ek? hahahaha.. tapi tetap ingat dekat cikgu. 

terima kasih cikgu . datang masa saya bertunang.



 masa saya kawin pun cikgu datang. cikgu memang cikgu terbaik sekali!! i love u cikgu!!
terima kasih sebab mengajar kitorang. terime kasih didik kitorang. terima kasih sebab cikgu ada gak nasihat kan saya masa saya bercinta. hehe. TERIMA KASIH!


Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insan terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

malas !

assalamualaikum.

Aku adalah seorang isteri & ummi muda yang berumur 22 tahun. seorang isteri buat lelaki yang berusia 23 tahun dan seorang ummi buat putera hensem berumur 6bulan. bagi aku sangat mencabar, dalam seusia muda macam ni sudah banyak gelaran dan pangkat perlu aku sandang.

pangkat darjat kebesaran. ''ISTERI'' pada tarikh 06-01-2012
pangkat darjat kebesaran. ''UMMI'' pada tarikh 31-10-2012

Dan bagi aku, make it simple! terus terang aku mengaku, sepanjang aku BUJANG dulu,
im a LAZY girl in da world! hidup aku just nak tidur sampai tengahari, lepak sampai lewat pagi. yes!
ITU SAHAJA! buang masa lepak sana sini, buang duit beli itu ini, tak pk apa apa just ENJOY MY SELF WITH BFF!

Basuh baju? TAK PERNAH. Masak? TAK PERNAH. Kemas Rumah? TAK PERNAH.




Bila aku dah jadi isteri. mula mula je aku rajin. hahaha. masak, basuh baju, kemas Bilik :p
dalam 2-3 bulan macam tu lah, sebab lepas tu FASA MABUK TERUK masa pregnant buat aku kembali NORMAL. kembali MALAS. makan tidur makan tidur.




Dan aku adalah orang yang paling tak nak balik rumah MERTUA! sebab apa? sebab aku kan malas bangun pagi, so masa tu nak change aku punya attitude tu susah sangat! macam mana nak bangun pagi? macam mana nak masak? macam mana nak basuh baju? semua aku fikir! and perkara paling senang sekali, aku just MENGAKU dekat mak metua aku, MAK, yana tak pandai masak tau! MAK, yana memang selalu bangun lambat, MAK, yana ni pemalas! okayyy ! yes i do that ! tak caye tepon mak metua aku! hahahahha
bagi aku selesa dengan be myself, tak payah nak tunjuk tunjuk rajin, walhal kita ni malas, tunjuk tunjuk baik, walhal kita ni macam ape ntah, maksud aku, nampak macam nak memBODEK. errr soryyy ! im not like that ! tak best lah macam ni kan !

tapi sampai bila nak malas kn?? bila dah mengandung berapa bulan, aku pindah rumah sendiri.
walaupun rumah sendiri tu jarak nya hanya 10 langkah dari rumah mak aku sendiri, aku rasa PUAS dan SERONOK dan BARU AKU TAU ERTI KEHIDUPAN SEBENAR. selama ni macam tak benar je, hahaha


Baru aku tau, bangun pagi kemas rumah, walaupun duduk 2 orang, tapi kena hari hari sapu .
kena kemas dapur, bangun pagi celik je mata dah kena fikir nak masak apa. selagi tak dapat idea, selagi tu tak turun dari katil. lepas dah tau nak masak apa, bangun, mandi, siap siap , terus pergi kedai. hari hari punya RUTIN ! masak masak masak ! SERONOK !

tapi sekejap je. lepas besalin duduk rumah mertua kejap, lepas tu duduk rumah mak. dalam 2 ke 3 bulan macam tu , tak jenguk rumah pun. lepas abah meninggal, mak suruh pindah duduk dengan mak. sebab mak kat rumah sorang. so pindah la balik ke tempat asal. dan kembali lah perangai asal balik. hahahaha

sekarang ni, salah siapa perangai malas tu ada? sendiri punya hal la kan! hahahahaha
acaner tu, siapa nak tolong jawab? kahkahkah














+ Wajib Baca Seterusnya..


Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik