budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

SEKOLAH DAN CIKGU

Assalamualaikum.

rata rata bersepah dekat news feed facebook aku orang wish SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHERS DAY.  16-5-2013. hari guru yang bersamaan dengan 3 bulan dah abah pergi.

Sempena hari guru ni, rasa nak #THROWBACK segala benda . bukan dari tadika masa dengan cikgu SURAYA. bukan dr sekolah rendah dengan cikgu NORNITA , bukan dengan sekolah agama ustazah SITI tapi dengan SMK SUNGAI KAPAR INDAH. bukan melupa kan sekolah sekolah rendah. tapi sekolah MENENGAH banyak lagi cerita nya. almaklumlah time ni dah besar panjang. dah pandai bercinta. dah pandai ponteng kelas. dah pandai tidur time subject MATH. hahaha

JUST FORGET IT ABAOUT FORM 1,2,3. LETS BEGIN WITH FORM 4 N 5. yehhh TASAWWUR ISLAM. our class. class yang satu satu nya ALL MALAY ! class yang satu satu nya cikgu malas nak masuk. class yang satu satu nya nakal giler! class yang satu satu nya errr bape banyak satu dah ni. kikiki


TASAWWUR ISLAM







kalau tengok gambar gambar lama, macam ehhhh aphal dulu macam ni. perghhhh sakai nya lah! hahahahaahhaa, budak budak sekarang ni. dah tinggi lampai. dah smart ke main. ada yang dah jadi polis, jadi bomba lah. yang dah ada anak berderet pun ada. salah satu nya aku lah! tapi anak aku baru sorang ye. hehehe. dulu kemain bebal nya MASYAALLAH! degil lak tu. belajar tak nak. tapi alhamdulillah . bila dah habis sekolah semua nya kerja elok elok. macam tak caya je ! all the best semua!

penolong ketua tingkatan dengan pengawas yang ada dalam kelas tasawwur islam ni langsung tak membantu meringan kan beban cikgu dalam mengawal keadaan kelas. bhahahahaha. sikit pun pelajar yang lain tak heran. aku and the geng? lagi lah tak heran sebab pengawas dengan penolong tingkatan best friend kot! hahahaha. siap juin conteng conteng dinding lagi. kemain kan. hahahaha.

ni la bukti nya. hahahahaha. RINDU!


GURU kelas aku CIKGU ISNAINIYATON . THE BEST EVER TEACHERS IN MY LIFE! kemain kan? cikgu is sangat terbaik okayyy! cikgu terpaling aku sayang. muahh muahhh !
cikgu sporting habis. tapi sayang seribu kali sayang. cikgu terpaling aku suka pun, kalau cikgu masuk, aku and the geng rileks je sumbat telinga guna earphone layan lagu. tangan pegang pen. mata ushar buku. weyhhhh! fokus fokus!! result exam keluar! dapat markah tinggi. MACAM MANA ni? macam mana ni? hahahahahahha.. sendiri PK la weyh!

aphal lah muka macam ni =.='' gelak kan diri sendiri. hahahahaha. budak budak sangat muka ni tauuuu!

time sejarah lak, dari awal tahun sampai hujung tahun. buka nota just tulis nama je. satu nota pun tak da. hari hari dengar cikgu membebel. melawan cakap cikgu lagi. teruk nya lah! sorry cikgu khatijah!

time math dengan cikgu mazlan! sempoi lah cikgu! first day masuk kelas.  aku rilek angkat tangan!  AKU:cikgu saya memang tak minat math tau!
CIKGU : siapa yang tak minat math boleh tidur dekat belakang!

YA ALLAH heaven giler kot! terbaik lah cikgu mazlan ni. hahahahah seronokk! rasa macam hari hari nak ada subject MATH dalam jadual ! bhahahahaha

time BI lak. sir ape tah nama nya. lagi lahhh. hahahahaa. pantang ajak borak pasal bola. start je dari awal masuk sampai habis waktu, tu je la SIR weyhhhh! aku dengan kawan kawan, gayut sampai lebam dekat belakang. siap B/T lagu lagi. kiki.

time BM laaa time paling cuak bagi kitorang. kalau nak tengok pelajar dalam kelas tasawwur islam ni baik, time BM je la. CIKGU SUZANA paling the best la! garang giler kot! tapi comel! kalau ingat balik cubitan kecik dia. perghhh kawan aku ainun siap nangis lah kena cubit! hahahahaha. sumpah! tak pernah tak siap kerja sekolah. memang up to date segala nya. hahahahah ! cikgu i miss u so muchhh!!

bukan nak cakap apa. kitorang memang rajin study kat library. sebab sejukkkkk. hahahahahaha. kemain study. pui..






BBQ dengan cikgu. alolo comey comey  belaka semua. hihihi

























budak budak jahat ni. hahahaha sekarang semua dah berjaya dah! tahniah ye!




 paling cool sekali , kalau malas masuk kelas, call member member semua, tunggu depan sekolah. aku ambik diorang semua lepak mana mana. hahahahaha.  rileks je tau ponteng ponteng kelas ni.  tak pun kalau cikgu masuk pintu depan kitorang kua pintu belakang. ni memang wajib la ! wajibulgunnah orang kata! setiap subject! RINDU NYA!

setakat pakai stokin warna warni, pakai celak, pakai tudung pendek, sengseng lengan baju sampai siku, kuku panjang. aduhhhhh langsung tak pernah kena tahan masuk disiplin la. hahahahhaa. champion sangat tau!lepak lepak dekat bilik persalinan. siap boleh gunting gunting rambut. giler lah! memang rindu sangat lah masa sekolah! 

sekarang masing masing dah besar panjang. ada yang sambung belajar. ada yang dah berumahtangga. ada yang jadi suri rumah. ada yang dah jadi lawyer. ek? hahahaha.. tapi tetap ingat dekat cikgu. 

terima kasih cikgu . datang masa saya bertunang.



 masa saya kawin pun cikgu datang. cikgu memang cikgu terbaik sekali!! i love u cikgu!!
terima kasih sebab mengajar kitorang. terime kasih didik kitorang. terima kasih sebab cikgu ada gak nasihat kan saya masa saya bercinta. hehe. TERIMA KASIH!


Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insan terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik