budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..

Archives

gravatar

kisah sebelas bulan yang lalu.

Assalamualaikum. tepat jam 9.00 pagi. keletak keletuk keletak keletuk. office yang sunyi ini di temani bunyik keyboard yang berhabuk. di selang selikan dengan bunyik printer. sambil berblogging sambil buat kerja. baru lah balance kan! kihkihkih


Mukadimah yang langsung tak de isi. sebelum memasuki laman web blogger, aku bersungguh sungguh menyeru mood menaip SATU entry yang serius di sini. selama ni macam main main je. hahaha.

Hari ni 15 syawal, makin hampir dengan 31/8/2013 bersamaan dengan HARI MERDEKA. bukan nya aku nak ajak berarak. tapi kenangan yang hampir sebelas bulan itu sentiasa menggamit, mengganggu tidur. ohh mungkin kenangan tu nak aku buat kan satu entry untuk nya. sebagai tanda kenangan kenangan.


Baik lahh...

***************************************************************************

31/8/2012  - malam sebelum nya  (30/8/2012) pelbagai rancangan telah di suara kan. GENTING HIGHLANDS ,, SUNWAY LAGOON, PORTDICKSON.  KONFIUSSS!

maka 31/8/2012. pagi pagi bangun mak masak masak, masing masing dah nak gerak, terus buat keputusan LUAR SEDAR . TELUK BATIK. dengan itu maka anak beranak ini terus berdesup ke TELUK BATIK. tanpa sebarang planning. hahahahha.


TELUK BATIK



YEYYY ! SERONOK!


BALIKKKK.
bila dari pagi sampai petang melepak dekat sana, mak, abah, suami tak nak balik. haaaaaaa ambek kauu! kehkehkeh.
ada yang cadang nk ke pulau pangkor la. tidur sini semalam la. padehal masing masing kerja besok. hhahahaha

terus buat keputusan drastik nak ke GENTING HIGHLANDS. paksa kakak ponteng kerja besok. dari perak tu balik rumah. tidur kejap. malam kul 10 ke 11 malam macam tu gigih la anak beranak ni naik GENTING HIGHLANDS pulak. 



DAH SAMPAI LONDON! haha




seronokkkkkk!

itu adalah percutian terakhir dengan abah.  ye, abah la yang paling excited sekali :')

*********************************************************************


aku kalau bab penutup ni memang failed sangat. tapi cerita ini memang tak pernah hilang dalam ingatan. walaupun hampir sebelas bulan berlalu. nahhh. aku jadi kan kisah ini, di satu entry, sebagai tanda ingatan aku buat abah tercinta. AL FATIHAH buat abah. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿
١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِّينَ........ SHAHAR BIN KASIM


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

pagi raya


Assalamualaikum. 


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT PARA BLOGGER DAN SEMUA UMAT ISLAM. KEPADA RAKAN TAULAN, SAUDARA MARA, SEPUPU SEPAPAT , KALAU ADA KESILAPAN YANG PERNAH SAYA BUAT, MOHON AMPUN DAN MAAF. 

sempat lagi kan? hehehe

pagi raya tahun ni dekat rumah mak aku. KAMPUNG SEMENTA. sepatut nya tahun ni tahun belah suami. tapi apa kan daya. abah dah pergi menghadap ilahi, jadi raya pertama aku tak nak laa berjauhan dengan mak.  tapi petang tu dah balik rumah mak metua da.


tema tahun ni kaler dark purple. suami tak beli pon, tu recycle baju arwah abah. baju abah  pakai masa majlis kawen aku tahun lalu. aku yang mintak suami pakai .  bagi abah pahala. dia okay je. terima kasih suami.


lepas sesi bermaaf maafan di pagi raya. selalu nya akan terus ke JERAM kampung abah. kali ini ke jeram juga seperti biasa. tapi kali ini ke jeram untuk ziarah ABAH. ya! ziarah kubur abah.


Assalamualaikum abah. semua rindu abah. selamat hari raya abah. semoga abah tenang dekat sana.
.
Assalamualaikum atuk. Qaiser datang ni ziarah atuk. Qaiser nak bagi atuk duit raya.
AL FATIHAH . semoga roh atuk di cucuri rahmat.

lepastu singgah rumah wan dan beraya sekejap dekat sana.  



dekat rumah wan
 comel kan tukar tukar anak cam ni. kekekeke
we olls pon nak jugak. hehehe. kakak ipar kate nye :p


lepastu balik rumah jap. terus balik kampunggg.. dekat telok panglima garang. kekekekeke


***************




oh hari ni genap 8 tahun usia perkenalan dengan MUHAMAD HAFIZUDIN BIN SHAARI. semoga hubungan ini kekal sampai hujung nyawa. insyaallah. amin :)

okayy bye. entry yang pendek . sebab tetiba sebak + sedih . terindu dekat abah. al fatihah.








+ Wajib Baca Seterusnya..


Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik