budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

kisah sebelas bulan yang lalu.

Assalamualaikum. tepat jam 9.00 pagi. keletak keletuk keletak keletuk. office yang sunyi ini di temani bunyik keyboard yang berhabuk. di selang selikan dengan bunyik printer. sambil berblogging sambil buat kerja. baru lah balance kan! kihkihkih


Mukadimah yang langsung tak de isi. sebelum memasuki laman web blogger, aku bersungguh sungguh menyeru mood menaip SATU entry yang serius di sini. selama ni macam main main je. hahaha.

Hari ni 15 syawal, makin hampir dengan 31/8/2013 bersamaan dengan HARI MERDEKA. bukan nya aku nak ajak berarak. tapi kenangan yang hampir sebelas bulan itu sentiasa menggamit, mengganggu tidur. ohh mungkin kenangan tu nak aku buat kan satu entry untuk nya. sebagai tanda kenangan kenangan.


Baik lahh...

***************************************************************************

31/8/2012  - malam sebelum nya  (30/8/2012) pelbagai rancangan telah di suara kan. GENTING HIGHLANDS ,, SUNWAY LAGOON, PORTDICKSON.  KONFIUSSS!

maka 31/8/2012. pagi pagi bangun mak masak masak, masing masing dah nak gerak, terus buat keputusan LUAR SEDAR . TELUK BATIK. dengan itu maka anak beranak ini terus berdesup ke TELUK BATIK. tanpa sebarang planning. hahahahha.


TELUK BATIK



YEYYY ! SERONOK!


BALIKKKK.
bila dari pagi sampai petang melepak dekat sana, mak, abah, suami tak nak balik. haaaaaaa ambek kauu! kehkehkeh.
ada yang cadang nk ke pulau pangkor la. tidur sini semalam la. padehal masing masing kerja besok. hhahahaha

terus buat keputusan drastik nak ke GENTING HIGHLANDS. paksa kakak ponteng kerja besok. dari perak tu balik rumah. tidur kejap. malam kul 10 ke 11 malam macam tu gigih la anak beranak ni naik GENTING HIGHLANDS pulak. 



DAH SAMPAI LONDON! haha




seronokkkkkk!

itu adalah percutian terakhir dengan abah.  ye, abah la yang paling excited sekali :')

*********************************************************************


aku kalau bab penutup ni memang failed sangat. tapi cerita ini memang tak pernah hilang dalam ingatan. walaupun hampir sebelas bulan berlalu. nahhh. aku jadi kan kisah ini, di satu entry, sebagai tanda ingatan aku buat abah tercinta. AL FATIHAH buat abah. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿
١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِّينَ........ SHAHAR BIN KASIM



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik