budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

21 ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.
start menaip dekat blog ni pukul 3.29pm. sekarang dah 21 ramadhan bersamaan dengan 7 bulan kandungan saya.

macam mana persiapan raya? okay satu apa pun tak beli lagi. langsung tak ready. macam raya  lagi 3 minggu padahal lagi bapa hari je lagi. nampak tak sendiri tanya sendiri jawab?

sekarang memang tak da rasa nak raya walaupun kejap je lagi nak pergi ambik roadtax kereta yang da siap. (ada kena mengena tak??)

sekarang ni jugak baby dalam perut ni kemain tendang tendang. ligat sangat. 21ramadhan ni jugak lah kita da 4 hari tinggal puasa. sebab tak larat, abah mak dengan suami bising tak bagi puasa. sebab kesian dekat baby dalam perut. tapi tak delah kita derect tak puasa 4 hari.  selang selang la. habis hancus musnah harapan nak puasa penuh tahun ni >.<

sekarang ni jugak abah tengah tak sihat. baru dapat berita abah kena kanser. kanser hati tahap dua. masa mak bagi tau , saya tengah sibuk goreng ikan nak buat buka puasa. sekali mak bagi tau terus nangis laju laju. terus rasa lemah longlai. terus tak de semangat la. sebab memang tak pecaya.

zahir nya abah sangat sihat. tak nampak macam sakit pon walaupun abah memang da kurus sikit. tapi tak delah langsung terlintas sampai KANSER. semalam abah cakap dekat mak, abah dah tak de mood nak pikir pasal raya. doc cakap da kritikal. tak boleh oprate. so sekarang abah baru test makan ubat AL JABAR. saya pulak gigih carik maklumat untuk abah dalam internet pasal kanser ni. apa yang dia boleh makan apa yang tak boleh dia makan.

sekarang ni jugak tengah sebak tahan nangis.
semalam jugak tunjuk gambar cucu abah yang dalam perut ni.
abah senyum, suka tengok muka dia. abah gelak tengok cucu dia yang comel ni.
hari tu buat scan 4d.appoiment nya lepas buka puasa. jadi nya baby yang super comel dalam perut mummy ni pon menguap tak sudah. gosok gosok mata sebab mengantuk. tuuu tengah gosok gosok mata la tu. last last langsung tidur terus, tak nak tunjuk muka pon kat mummy ngn daddy.. doc cakap baby boy.  semoga anak mummy daddy sihat, sempurna hendak nya :')

k laaa..tengok. banyak nak cerita sebenarnya tapi tulah tak de mood sangat.  selamat berpuasa dan selamat bershoping sakan u ollsss... :)
doa kan abah kita sehat :)



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik