budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

MuhammadQaiserUwais

Assalamualaikum.

Dua tiga menjak ni kemain punya busy dekat office. mana tak nya. lately boss rajin sangat teman kitorang sehari suntuk dekat office. terima kasih boss! uwahahaha.

sejak jadi mak mak ni kan. ehhh bukan mak. ummi la. huhu. asyik nak cerita pasal anak je kan.
kat facebook pun asyik post gambar anak je. dekat instagram pun gamba anak je. ummi dia kekadang konfius jugak, ehh ni instagram anak ke instagram ummi. ohhh kene create satu account untuk #MuhammadQaiserUwais la. nanti dia dah besar, pass password dekat dia. hahahaha. ummi ummi.

Since aku dah jadi ummi ni, ada la beberapa manusia tanya , macam mana jaga anak? okay tak? meragam tak? senang tak? okay okayyy. meh ummi cerita dari awal MuhammadQaiserUwais lahir sampai sekarang umur dia 7bulan. ummi cerita kerenah dia!



MuhammadQaiserUwais adalah anak yang sangat baik. malahan masa baru lepas melahir kan dia,
first day dekat hospital, dia tak meragam macam baby baby lain. diam je. kalau nak susu dia tak menangis. dia hisap jari dia. bila ummi tengok dia macam tu, ummi angkat dia, susu kan dia. lepas da kenyang dia akan tidur.   bila balik rumah . normal la, baby lapar dia akan merengek sikit.  lepas bagi susu. dia akan tidur.


di sebab kan MuhammadQaiserUwais kena joundis masa awal kelahiran, maka dia adalah bayi yang gemar tidur waktu siang. dan berjaga pada waktu malam. dan ummi dia tak cukur tidur. maka dengan itu. bila waktu siang, MuhammadQaiserUwais tidur , ummi pun akan tidur. hehehehe.

MuhammadQaiserUwais senang je nak tidur kan dia. letak dekat riba je, tak pun letak dekat dada, kekadang aku tepuk tepuk dia. dia da tidur. tak perlu buaian. tapi bila malam , ummi masuk kan jugak dalam buaian sebab nak paksa dia tidur. TERPAKSA. kehkehkehhh. MuhammadQaiserUwais bila berjaga dia akan main main sendiri. jarang nak dengar dia merengek, menangis. sampai ada yang tegur, risau tengok keadaan dia macam tu.

aku dengan suami pun kekadang risau jugak, sebab tengok anak orang lain, mengamuk sakan, menangis, tapi kenapa anak kitorang ni tak. tapi alhamdulillah. tak de pape pun yang berlaku. bawak g jalan jalan mana pun senang je. tak meragam.

bila hari hari dah puji dia. nahhhhh sila rasakan. bila dah masuk 3 bulan. MuhammadQaiserUwais dah pandai meniarap. dia dah tak nak tidur atas riba, dah tak nak tidur dekat dada. dia nak tidur dalam buaian! dan dia da start meragam . sebab meniarap kan penat.  tapi menangis kejap je, kalau kita angkat dia, dia okay la.  masa ni jugak, dia dah start tidur meniarap. mula mula dia tukar skill tidur (kemain SKILL tu, hahaha) aku tak tidur satu malam, berjaga ''JAGA'' dia. risau mak nokkkk ! takut dia lemas ke apa. tapi bila tengok dia pandai senget kan kepala, okay la. malam malam berikut nya, ummi tidur dengan nyenyak. :p

start 5bulan MuhammadQaiserUwais dah tak bangun malam da. pukul 9malam dia dah start tidur.
pukul 6.30pagi dia dah berjaga. dan dia akan mula panjat badan ummi, tampar tampar muka ummi. kacau ummi tidur. grrrrrrr. anak anakkkk. tapi ummi dia? tidur je malas nak layan. hehehehe. sampai dia da start nak nangis, baru aku layan dia. kehkehkeh :p


sepanjang MuhammadQaiserUwais kena cucuk, dia belum pernah demam. aku kategori kan MuhammadQaiserUwais ni kuat la. nangis pun tak. dia demam pun sebab jangkit jangkit dengan sepupu sepapat diorang je. masa tumbuh gigi pun tak demam. dan sekarang kalau malam dah tak payah masuk buai lagi. pukul 9 malam letak dia sebelah kita, peluk dia, lepas tu zikir, tepuk tepuk, terus tidur. pukul 7pagi dia mesti dah jaga.

yang paling senang sekali, MuhammadQaiserUwais ni nak kat sape sape je. kalau setengah budak, dia takut dengan orang. tapi dia tak. ummi dengan ayah senang.  pergi keluar dinner, selalu aku pegang dia dulu, ayah dia makan. kira gilir gilir la. pastu ada satu family tu tengok, makcik ni datang dekat offer nak pegang dia.  maka suami isteri ni makan dengan senang hati. kalau kat shopping complex pun sama. nak g tengok wayang, tinggal dekat bestfriend jaga jap. pun bolehhhh !

senang jaga diaaa. walaupun kekadang dia ngengada nak dukung. tapi tu perkara biasa.
tapi tak pernah lagi satu hari dia meragam ke apa.  kalau merengek pun kejap je.  sepanjang dia lahir sampai 7 bulan ni, sekali je dia pernah mengamuk sakan. tapi tu pun tak sampai setengah jam. dia KEMBUNG. haaaaa. tu je la. tu pun aku dah risauuu ! sebab firts time dia macam tu.

 MuhammadQaiserUwais ni pulak time tidur memang lasak sangat sangat ! sampai sekarang aku belum pernah lagi merasa tidur atas katil ! takut ! dia punya lasak gredd A++ !!tidur boleh berpusing pusing. kekadang tu pernah lintas aku. dasyat bakkkhanggggg !
dan dia sangat rajinnnnn! anak bertuahhhhhh.
bersyukur sangat di kurniakan anak yang sihat. yang comel. yang hensem. yang sangat baik. ummi harap  MuhammadQaiserUwais akan jadi anak yang baik .

I believe that God sent u (MuhammadQaiserUwais) into my life to give me somthing
to fight for , to show me there is love in this world, to give me hope and bring me joy, all the proof in
god i need is in u.u are a gift from the heaven. i love u son . forever n ever !

okay bye!



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik