budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

kisah sebelas bulan yang lalu.

Assalamualaikum. tepat jam 9.00 pagi. keletak keletuk keletak keletuk. office yang sunyi ini di temani bunyik keyboard yang berhabuk. di selang selikan dengan bunyik printer. sambil berblogging sambil buat kerja. baru lah balance kan! kihkihkih


Mukadimah yang langsung tak de isi. sebelum memasuki laman web blogger, aku bersungguh sungguh menyeru mood menaip SATU entry yang serius di sini. selama ni macam main main je. hahaha.

Hari ni 15 syawal, makin hampir dengan 31/8/2013 bersamaan dengan HARI MERDEKA. bukan nya aku nak ajak berarak. tapi kenangan yang hampir sebelas bulan itu sentiasa menggamit, mengganggu tidur. ohh mungkin kenangan tu nak aku buat kan satu entry untuk nya. sebagai tanda kenangan kenangan.


Baik lahh...

***************************************************************************

31/8/2012  - malam sebelum nya  (30/8/2012) pelbagai rancangan telah di suara kan. GENTING HIGHLANDS ,, SUNWAY LAGOON, PORTDICKSON.  KONFIUSSS!

maka 31/8/2012. pagi pagi bangun mak masak masak, masing masing dah nak gerak, terus buat keputusan LUAR SEDAR . TELUK BATIK. dengan itu maka anak beranak ini terus berdesup ke TELUK BATIK. tanpa sebarang planning. hahahahha.


TELUK BATIK



YEYYY ! SERONOK!


BALIKKKK.
bila dari pagi sampai petang melepak dekat sana, mak, abah, suami tak nak balik. haaaaaaa ambek kauu! kehkehkeh.
ada yang cadang nk ke pulau pangkor la. tidur sini semalam la. padehal masing masing kerja besok. hhahahaha

terus buat keputusan drastik nak ke GENTING HIGHLANDS. paksa kakak ponteng kerja besok. dari perak tu balik rumah. tidur kejap. malam kul 10 ke 11 malam macam tu gigih la anak beranak ni naik GENTING HIGHLANDS pulak. 



DAH SAMPAI LONDON! haha




seronokkkkkk!

itu adalah percutian terakhir dengan abah.  ye, abah la yang paling excited sekali :')

*********************************************************************


aku kalau bab penutup ni memang failed sangat. tapi cerita ini memang tak pernah hilang dalam ingatan. walaupun hampir sebelas bulan berlalu. nahhh. aku jadi kan kisah ini, di satu entry, sebagai tanda ingatan aku buat abah tercinta. AL FATIHAH buat abah. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿
١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِّينَ........ SHAHAR BIN KASIM


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

pagi raya


Assalamualaikum. 


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT PARA BLOGGER DAN SEMUA UMAT ISLAM. KEPADA RAKAN TAULAN, SAUDARA MARA, SEPUPU SEPAPAT , KALAU ADA KESILAPAN YANG PERNAH SAYA BUAT, MOHON AMPUN DAN MAAF. 

sempat lagi kan? hehehe

pagi raya tahun ni dekat rumah mak aku. KAMPUNG SEMENTA. sepatut nya tahun ni tahun belah suami. tapi apa kan daya. abah dah pergi menghadap ilahi, jadi raya pertama aku tak nak laa berjauhan dengan mak.  tapi petang tu dah balik rumah mak metua da.


tema tahun ni kaler dark purple. suami tak beli pon, tu recycle baju arwah abah. baju abah  pakai masa majlis kawen aku tahun lalu. aku yang mintak suami pakai .  bagi abah pahala. dia okay je. terima kasih suami.


lepas sesi bermaaf maafan di pagi raya. selalu nya akan terus ke JERAM kampung abah. kali ini ke jeram juga seperti biasa. tapi kali ini ke jeram untuk ziarah ABAH. ya! ziarah kubur abah.


Assalamualaikum abah. semua rindu abah. selamat hari raya abah. semoga abah tenang dekat sana.
.
Assalamualaikum atuk. Qaiser datang ni ziarah atuk. Qaiser nak bagi atuk duit raya.
AL FATIHAH . semoga roh atuk di cucuri rahmat.

lepastu singgah rumah wan dan beraya sekejap dekat sana.  



dekat rumah wan
 comel kan tukar tukar anak cam ni. kekekeke
we olls pon nak jugak. hehehe. kakak ipar kate nye :p


lepastu balik rumah jap. terus balik kampunggg.. dekat telok panglima garang. kekekekeke


***************




oh hari ni genap 8 tahun usia perkenalan dengan MUHAMAD HAFIZUDIN BIN SHAARI. semoga hubungan ini kekal sampai hujung nyawa. insyaallah. amin :)

okayy bye. entry yang pendek . sebab tetiba sebak + sedih . terindu dekat abah. al fatihah.








+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

nak raya da

Assalamualaikum.

pejam celik pejam celik dah hari ke-21 kita semua berpuasa. macam mana puasa tahun ni?


 lagi beberapa hari lagi nak hari raya ! jadi persiapan macam mana?

since dah ada MuhammadQaiserUwais ni, maka dia dulu la ummi dengan ayah sttle kan. sebelum bulan puasa, ummi dah siap siap kan semua barang dia. baju melayu nya, kopiah nya, kasut raya nya, baju dengan seluar nya. kemain kannn.
.

ummi nye baru dapat baju raya sehelai. dengan seluar sehelai. ayah nya dah dapat kasut, seluar, baju, kira dah sttle semua. ummi je belum. ummi nak handbag, nak kasut raya, nak baju kurung lagi sepasang, pastu okay dah kot. hehehehe.

Kuih raya ke, kerepek ke, kacang ke semua tak beli lagi. rileksss je. hahahahaa. minggu depan baru nak beli semua. harap ada lagi la. jangan kang langsung tak de, korang datang rumah nanti minum air jela ea. huhuhuu. tahun ni pon bazar klang tak berapa nak meriah la.  tak tau la kot aku sorang je yang perasan.

persiapan tahun ni sederhana je, yang penting semua cukup.  raya tahun ni raya first dekat rumah mak jugak, sama macam tahun lepas. sebab raya pertama tu nak ziarah abah.
 Ye, raya tahun ni banyak beza nya. beza nya, sebab tahun lepas raya tengah pregnant, tahun ni dah ada  MuhammadQaiserUwais. Tahun lepas abah ada, tahun ni abah da tak da. sepanjang bulan ramadhan ni, memang sangat terasa kehilangan abah.  rindu dekat abah sangat sangat. kekadang tu masa ontheway pergi kerja, tiba tiba boleh ternangis atas motor.  pergi shopping , dalam kereta seronok seronok nyanyi lagu raya, tetiba boleh ternangis sebab teringat dekat abah.
 Tahun ni  MuhammadQaiserUwais tak dapat la merasa duit raya dari atuk. kita pulak la bagi duit raya kat atuk ye, kita bagi al fatihah banyak banyak kat atuk, semoga di tempat kan di kalangan orang orang yang beriman. walaupun dah 5 bulan pergi, tapi rasa macam baru semalam borak dengan dia, rasa macam baru semalam tanya abah, abah nak makan apa. semua nya rasa macam baru semalam. wajah abah tu ada je dekat setiap sudut rumah. teringat hari terakhir abah. Ya Allah rindu nya.

abah, tugas abah dekat dunia dah lama selesai. insyaallah anak anak abah dekat sini sentiasa kirim kan alfatihah buat abah, semoga perjalanan abah dekat sana lancar. semoga abah tenang dan roh abah di cucuri rahmat. insyaallah jugak, anak anak abah kat sini akan bantu abah.  yayang dekat sini rindu sangat dekat abah,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿
١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِّينَ........ SHAHAR BIN KASIM


Assalamualaikum.

My Family ♥








+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

How..

Assalamualaikum..
How i start pakai tudung (berhijab) and tukar cara pemakaian.

Bagi aku isu ni bit sensetif lah. aku tak nak aku kua cerita ni kat blog, korang baca, pastu korang nak cakap aku poyooooo lahhh, cakap aku ni bajetbajet la, korang cakap aku ni macam ye'ye la, or korang cakap '' alaaaaa baru pakai tudung kot! dah nak kecohh!''

Hello, im just sharing okay. dekat sini bukan nak berlagak-alim or whatever. since aku pakai tudung, ramai yang tanya, macam mana boleh berubah, macam mana rasa pakai tudung ni, macam mane kita nak face kawan kawan.  yela , kan dulu tak tau malu - pakai seksaseksi-ikut-suka-hati then tetiba berubah 360 darjah. bukan camera360 tau.. ekekekekeke

Bila dah start bertunang, memang ada jugak simpan keinginan nak pakai tudung tapi macam tak kesampaian hajat nya. beli jugak lah shawl semua, pasang niat. tapi sekerat jalan. macam mainmain. kejap pakai, kejap tak. kalau pakai pun ikut style DATO-SITI-NURHALIZA. kemain artis sangat. hahahahhaha.

Bila dah di terima nikah nya 06-01-2012, malam tu keluar lah nak hantar kawan kawan balik rumah, then nak pergi rumah mak mertua. nak teman encik suami angkut baju dia la. pindah umah. hehehehee,
dah masuk dalam kereta, encik suami cakap. dia cakap slow je. ''tadi lepas habis je akad nikah, rasa berat sangat bahu. macam ada benda jatuh kat bahu dia. tanggungjawab nak kena pikul tu besar, dosa awak pun saya yang tanggung, kalau pakai tudung , mesti okay''. sekali je dia cakap.

aku keluar dari kereta dan terus carik tudung and pakai.  besok bangun pagi, ajak mak, kakak shopping tudung banyak banyak. first day masuk kerja, semua pandang je. ade yang cakap look like old women. hahahha. kalau speaking rasa tak sentap sangat la kan nak baca tu. bhahahahaha. tapi aku buat pekak je,  lantak p la, kalau nampak muda je pun belambak dosa nak buat hapa kan. pastu ada yang cakap, tak lawa la u dah pakai tudung. errr so what? look i care??

aku buat dekkk jugak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. langsung tak ambik kesah. bila dah biasa pakai tudung, tak biasa pulak kalau tak pakai. memang nak kena pakai. malu. kalau keluar rumah la. tapi bukan la aku nak cakap aku dah perfectooo kan. ada la jugak mistake. kekadang dreesup tak sesuai . kekadang ada jugak upload gamba tak pakai tudung. dalam IG.  kira nya macam belum sepenuh nya,.

tapi aku cuba jadi yang terbaik dari sebelum ni. sekurang kurang nya aku cuba jugak berubah . bukan duduk kat takok tu jeeee. tak gitu.  ermmm, dah lama tak menaip, masuk masuk blog je terus membebel kan.


lebih kurang seminggu lagi nak puasa. salam ramadhan al mubarak buat para muslimin dan muslimat. tahun kedua berpuasa dengan suami, tahun pertama dengan anak, dan tahun pertama tanpa abah. abah. i miss u. AL FATIHAH.

semoga PUASA tahun ni mendapat barakah dari nya. amin.

assalamualaikum.




+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

MuhammadQaiserUwais

Assalamualaikum.

Dua tiga menjak ni kemain punya busy dekat office. mana tak nya. lately boss rajin sangat teman kitorang sehari suntuk dekat office. terima kasih boss! uwahahaha.

sejak jadi mak mak ni kan. ehhh bukan mak. ummi la. huhu. asyik nak cerita pasal anak je kan.
kat facebook pun asyik post gambar anak je. dekat instagram pun gamba anak je. ummi dia kekadang konfius jugak, ehh ni instagram anak ke instagram ummi. ohhh kene create satu account untuk #MuhammadQaiserUwais la. nanti dia dah besar, pass password dekat dia. hahahaha. ummi ummi.

Since aku dah jadi ummi ni, ada la beberapa manusia tanya , macam mana jaga anak? okay tak? meragam tak? senang tak? okay okayyy. meh ummi cerita dari awal MuhammadQaiserUwais lahir sampai sekarang umur dia 7bulan. ummi cerita kerenah dia!



MuhammadQaiserUwais adalah anak yang sangat baik. malahan masa baru lepas melahir kan dia,
first day dekat hospital, dia tak meragam macam baby baby lain. diam je. kalau nak susu dia tak menangis. dia hisap jari dia. bila ummi tengok dia macam tu, ummi angkat dia, susu kan dia. lepas da kenyang dia akan tidur.   bila balik rumah . normal la, baby lapar dia akan merengek sikit.  lepas bagi susu. dia akan tidur.


di sebab kan MuhammadQaiserUwais kena joundis masa awal kelahiran, maka dia adalah bayi yang gemar tidur waktu siang. dan berjaga pada waktu malam. dan ummi dia tak cukur tidur. maka dengan itu. bila waktu siang, MuhammadQaiserUwais tidur , ummi pun akan tidur. hehehehe.

MuhammadQaiserUwais senang je nak tidur kan dia. letak dekat riba je, tak pun letak dekat dada, kekadang aku tepuk tepuk dia. dia da tidur. tak perlu buaian. tapi bila malam , ummi masuk kan jugak dalam buaian sebab nak paksa dia tidur. TERPAKSA. kehkehkehhh. MuhammadQaiserUwais bila berjaga dia akan main main sendiri. jarang nak dengar dia merengek, menangis. sampai ada yang tegur, risau tengok keadaan dia macam tu.

aku dengan suami pun kekadang risau jugak, sebab tengok anak orang lain, mengamuk sakan, menangis, tapi kenapa anak kitorang ni tak. tapi alhamdulillah. tak de pape pun yang berlaku. bawak g jalan jalan mana pun senang je. tak meragam.

bila hari hari dah puji dia. nahhhhh sila rasakan. bila dah masuk 3 bulan. MuhammadQaiserUwais dah pandai meniarap. dia dah tak nak tidur atas riba, dah tak nak tidur dekat dada. dia nak tidur dalam buaian! dan dia da start meragam . sebab meniarap kan penat.  tapi menangis kejap je, kalau kita angkat dia, dia okay la.  masa ni jugak, dia dah start tidur meniarap. mula mula dia tukar skill tidur (kemain SKILL tu, hahaha) aku tak tidur satu malam, berjaga ''JAGA'' dia. risau mak nokkkk ! takut dia lemas ke apa. tapi bila tengok dia pandai senget kan kepala, okay la. malam malam berikut nya, ummi tidur dengan nyenyak. :p

start 5bulan MuhammadQaiserUwais dah tak bangun malam da. pukul 9malam dia dah start tidur.
pukul 6.30pagi dia dah berjaga. dan dia akan mula panjat badan ummi, tampar tampar muka ummi. kacau ummi tidur. grrrrrrr. anak anakkkk. tapi ummi dia? tidur je malas nak layan. hehehehe. sampai dia da start nak nangis, baru aku layan dia. kehkehkeh :p


sepanjang MuhammadQaiserUwais kena cucuk, dia belum pernah demam. aku kategori kan MuhammadQaiserUwais ni kuat la. nangis pun tak. dia demam pun sebab jangkit jangkit dengan sepupu sepapat diorang je. masa tumbuh gigi pun tak demam. dan sekarang kalau malam dah tak payah masuk buai lagi. pukul 9 malam letak dia sebelah kita, peluk dia, lepas tu zikir, tepuk tepuk, terus tidur. pukul 7pagi dia mesti dah jaga.

yang paling senang sekali, MuhammadQaiserUwais ni nak kat sape sape je. kalau setengah budak, dia takut dengan orang. tapi dia tak. ummi dengan ayah senang.  pergi keluar dinner, selalu aku pegang dia dulu, ayah dia makan. kira gilir gilir la. pastu ada satu family tu tengok, makcik ni datang dekat offer nak pegang dia.  maka suami isteri ni makan dengan senang hati. kalau kat shopping complex pun sama. nak g tengok wayang, tinggal dekat bestfriend jaga jap. pun bolehhhh !

senang jaga diaaa. walaupun kekadang dia ngengada nak dukung. tapi tu perkara biasa.
tapi tak pernah lagi satu hari dia meragam ke apa.  kalau merengek pun kejap je.  sepanjang dia lahir sampai 7 bulan ni, sekali je dia pernah mengamuk sakan. tapi tu pun tak sampai setengah jam. dia KEMBUNG. haaaaa. tu je la. tu pun aku dah risauuu ! sebab firts time dia macam tu.

 MuhammadQaiserUwais ni pulak time tidur memang lasak sangat sangat ! sampai sekarang aku belum pernah lagi merasa tidur atas katil ! takut ! dia punya lasak gredd A++ !!tidur boleh berpusing pusing. kekadang tu pernah lintas aku. dasyat bakkkhanggggg !
dan dia sangat rajinnnnn! anak bertuahhhhhh.
bersyukur sangat di kurniakan anak yang sihat. yang comel. yang hensem. yang sangat baik. ummi harap  MuhammadQaiserUwais akan jadi anak yang baik .

I believe that God sent u (MuhammadQaiserUwais) into my life to give me somthing
to fight for , to show me there is love in this world, to give me hope and bring me joy, all the proof in
god i need is in u.u are a gift from the heaven. i love u son . forever n ever !

okay bye!


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

sembang kosong

Assalamualaikum.

adat manusia suka membeza beza kan. eh kau ada baju kaler merah je? aku ada kaler merah, hijau, kuning, coklat. eh kasut kau jenama pasar malam je? aku punya kasut polo, bataK, hush puppies. okay tu hanya contoh untuk pembuka cerita aku ni. ke main kan mukadimah panjang macam tu. tak tau la cerita nya macam mana nanti. aku tak tau la nak bagi tajuk apa. korang discript sendiri la apa aku yang aku taip ni okay! hahaha. blur!


SATU. korang kena tau tak semua umat yang boleh terima dengan cara macam ni.
mungkin kau rasa, ehhhhh ! aku just cakap je, tak kan sentap kot?. oi kamonnn la ! memang la kau cakap je, tapi kau tau ke orang tu macam mana. kau tau ke situasi dia.

DUA. kau perasan tak cara kau cakap atau membeza kan apa yang kau ada tu nampak macam kau ni KEREK. ehhh poyooooo lah orang macam ni. rasa macam nak lempang lempang je muka dia.
nak cakap tu kena lah dengan cara nya. ni kekadang, kau pakai bag jenama POLO, dia pon ada. kau dah nampak bag kau sama kau diam diam je tak boleh ke. tak payah la kau dok tanya harga dia. da kau pon sendiri  boleh tau kan dia mampu ke tak. tak payah la nak SHOW OFF SANGAT !

TIGA. kalau ya pon orang tu boleh belanja kau makan, boleh beli kan kau baju. boleh beli kan kau kasut. boleh beli kn kau kereta sebijik.tak perlu lah kau nak banding banding kan dengan dia yang memang terang terang kau sendiri faham dia macam mana. kau sendiri tau dia keja macam mana. tak yah la 4 5 6 kali asyik ulang yang dia tak pernah belanja lah, dia tak pernah belikan lah. ehhhhh ! kau ni! memang kalau depan mata orang macam ni, aku lempang je!

EMPAT. respect lah orang sikit. tak semua orang boleh terima dengan cara orang sekeliling. walaupun dia terpaksa nak paham tapi sikit sebanyak . mencalarkan hati dengan perasaan dia. mungkin kau tengok dia senyum. happy je depan kau, tapi belakang kau. paling teruk pon dia nangis je. please la eh!

LIMA. kau kena ingat. mungkin kau ada kat atas sekarang. kau mungkin mewah dan mungkin dia cukup cukup makan. tapi kita tak tau masa akan datang macam mana. rezeki masing masing. mana tau  orang yang kau dok perli perli, orang yang kau dok nganjing nganjing kan ni nanti lagi BERJAYA dari kau ! masa tu, kau jangan pulak jual bag polo kau tu. semata mata nak beli kasut brand JIMMY CHOO . nak tiru dia !

ENAM. Respect yourself, or no one will respect you.


+ Wajib Baca Seterusnya..


Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik