budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

di sebalik kehilangan dan kerinduan

assalamualaikum.

#THROWBACK

bila dah lama meninggalkan aktiviti berblogging dan berblogwalking secara marathon, maka banyak lah cerita yang ingin aku kongsikan. memandangkan banyak cerita nak di kongsikan. dan berbekalkan kan mood RINDU pada ABAH. jadi ENTRY kali ini entry hari terakhir  ABAH.

bagi aku GELARAN ANAK YATIM PIATU itu pasti tidak mahu di sandang oleh sesiapa . JADI aku adalah salah seorang daripada itu.  walhal, semua pasti akan menerima gelaran itu. melainkan kalau kita yang di jemput dulu.

tanggal 15 feb 2013. dalam pukul 9pm mcm tu.seperti biasa, sementara menunggu suami balik dari kerja, anak pun dah tidur dengan senang hati, aku mencapai buku novel yang bertajuk SEHARUM KASIH yang dah 15 kali aku baca tanpa sedikit pun rasa serbasalah. mana tak nya, aku dah hafal kot !
ABAH? baring tengok tv. mak pulak tengah bersiap nak pergi REWANG kat sebelah rumah. sebelah rumah ada kenduri kawin.

sebelum pergi mak mintak izin abah untuk keluar,

MAK : abahh yang pegi sebelah kejap ye?
ABAH : kejap je tauu..

aku? baca novel lagi...........


10 minit lepas tu, abah panggil. abah suruh urut dada abah dengan minyak panas. aku bangun dan ambik minyak panas, dan sapu dada abah. lepastu abah cakap abah nak bangun duduk atas kerusi malas, tapi memandang kan aku sorang dekat situ, aku tak larat nak angkat abah. lepastu abah cakap, tunggu mak je nanti. lepastu aku capai balik novel dan sambung baca balik. masa tu memang tak fikir apa apa sebab benda tu memang selalu terjadi. 5 minit lepas tu abah panggil aku, abah suruh panggil mak balik.

aku lari pergi sebelah rumah, aku panggil mak balik.bila balik, aku dengan mak sama sama tolong angkat abah dan pindah kan dekat kerusi malas. lepastu abah suruh adjust kerusi tu sampai terbaring. sekejap je, pastu abah suruh naik kan sikit, lepas tu abah suruh tegak kan pulak. dan benda sama berulang dalam 10 minit macam tu. lepas tu abah kejang kejang. aku terus lari pergi rumah kakak dekat sebelah. lepas kakak datang. aku talifon abang ipar aku pulak.

masa tu abah cuma cakap ''YA ALLAH KENAPA SAKIT SANGAT NI!'' aku terus bisik kat telinga abah ''ABAH, MENGUCAP. sambil aku cakap aku suruh abah ikut. tapi separuh je, aku dah sebak ! aku dah nangis! aku tak sanggup tengok abah macam tu.  aku talifon kakak aku yang lain, talifon ahli keluarga abah semua. walaupun rasa benda tu macam hari hari biasa je, tapi terlintas untuk beritahu semua tu tiba tiba je.

lepas tu rumah da penuh orang, abah okay, cuma kejap kejap kejang.. aku masih setia dekat sebelah abah. aku dengan kakak duduk dekat dengan abah. tolong picit kan tangan abah, kaki abah. mak pulak dah mengaji dalam bilik.  abah dah tenang balik, cuma abah cakap dia panas. dia suruh urut dada dia.


16-feb-2013 pukul 3.30pagi macam tu. aku angkat anak aku bawak masuk dalam bilik. borak borak kejap dengan suami. lepastu keluar kejap tengok keadaan abah. abah da okay. aku pergi dekat abah. aku panggil.. ABAH....

AKU : ABAH...
ABAH : Abah cuma pandang aku...
AKU : ABAH OKAY?
ABAH : OKAY...

aku usap kepala abah. :'(

adik beradik abah semua ada, separuh ada yang da tidur, tapi semua ada dekat dengan abah. aku pergi dekat mak, aku pesan kalau ada pape kejut, nk tidur jap setengah jam. mak cakap pergi mintak maaf dekat abah. selagi abah masih ada. tapi aku tak buat. sebab aku tau abah tak pape. abah da okay.
tak kan jadi apa apa. aku tau umur abah masih panjang. abah kuat!

aku rasa baru 5 minit aku tarik selimut. baru 5 minit aku baring tiba tiba mak masuk dalam bilik. mak kejut suruh keluar cepat. aku bangun cepat cepat terus lari pergi ruang tamu. semua dah ada keliling abah. abang ipar dah ajar abah mengucap dekat telinga. sambil ajar abah sebut ALLAH..ALLAH..
aku binggung. mak teruskan mengaji. ada yang baca yassin. aku berdiri tengok abah. suara abah dah lain. suara abah tersekat dekat kerongkong. aku masih berdiri tegak tengok abah. masa tu pukul 5.10pagi macam tu. abah dalam keadaan biasa. tangan dekat atas kepala. abah okay je, cuma suara abah je lain. lepas tu 5.15pagi.. abang ipar tengok aku, dia cakap BERSABARLAH..

BERSABARLAH. dan aku tengok abg ipar aku rapat kan mata abah. aku masih kaku dekat situ. tak menangis. berdiri tegak . 1saat 2saat 3saat... aku nangis! aku tak percaya. aku peluk suami aku.. lepastu aku baru dengar kakak aku meraung! menangis. semua menangis! YA ALLAH! innalillahiwainalillahirrajiunnnnn....... abah da di jemput menghadap yang MAHA ESA . abah da di jemput ke rahmatullah. abah da tak de lagi kat muka bumi ini. abah tinggal kan semua. abah tinggal kan mak, abah tinggal kn semua..

SELESAI SEGALA NYA . selesai urusan abah dekat dunia ni. semoga abah di permudahkan di tempat baru . dunia baru abah. semoga abah tenang kat sana. semoga abah boleh menjawab segala soalan soalan nya. semoga abah bersabar tunggu kami. kami dekat sini tak kan putus putus berdoa dan sedekah kan al fatihah buat abah.

terima kasih segala nya abah. walaupun sangat terkilan dan masih tak percaya abah tinggal kan kami, tapi aku redha. sebab itu janji - NYA ! MATI ITU PASTI.
SUBHANALLAH..






RINDU NAK DENGAR ABAH PANGGIL YAYANG.... AL FATIHAH BUAT ABAH....



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik