budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

di sebalik kelahiran dan kesyukuran

assalamualaikummmm.

#THROWBACK!

kejadian ini berlaku pada tahun lalu 31/10/2012 seawal 6.30pagi. aku di panggil masuk ke bilik rawatan untuk di masukkan ubat (untuk pembukaan pintu kelahiran) memandang kan semasa usia kandungan 8bulan aku kena kencing manis. nak tak nak baby tak boleh manja manja lagi dalam perut ummi, so kena paksa keluar.  ngam ngam DUE DATE.

sepanjang satu hari check in dekat hospital, ini kali ke dua aku di SELUK. okayy kalau rilex je tak sakit lah! hahaha. sebab perasaan TAKUT mengatasi segalanya. tu yang buat jadi sakit. lepas dokter seluk dan masuk kan ubat, dokter pesan tak bagi bangun dalam masa satu jam, so memandang kan baru 6.30pagi, aku pergi ke katil dan tidur semula. oh sebelum tidur talifon suami, suruh doa kan aku dengan anak okay. dan mintak maaf sekali, lepastu msg abah. kebetulan abah pun dekat hospital, msg abah n mak suruh doakan aku dgn cucu dia okay n mintak maaf sekali, .

terjaga pukul 9.30pagi macam tu. pinggang dah rasa sengal sengal, kebetulan mak talifon. sempat bagi tau mak pinggang da sakit, mak cakap tu tanda tanda nak bersalin. okay perasaan aku? cuakkkkkkk! lepas mak letak talifon, kakak pulak mengambil alih tugas, dan aku selaku kaunter pertanyaan menjawab semua soalan sambil menahan sebak! tahan nangis.! ahahahahahaha


lebih kurang pukul 10 lebih macam tu, rasa sakit pinggang  memang tak dapat di bendung! bukan 5minit sekali, rasa macam sakit tu tak bagi can aku nak LEGA sikit! sampai nurse datang tanya, adik da sakit kuat ke? bape minit sekali? lepastu nurse suruh baring nak cekk jalan da bukak ke belum, okay ni kali ke 3 kena seluk. 2CM ye. okayyyyyy aku dah sakit giler, tapi baru 2 cm! astagfirullahalazimmmmm. macam ni rupa nya sakit bersalin. nak  pergi toilet pun takut! orang sebelah rileks je bace majalah REMAJA siap jeling jeling aku! fine fine! yang belakang pulak biseng gilerr! mak dengan kakak sempat pesan, kalau sakit jangan jerit jerit! istigfar selawat banyak banyak.

sepanjang 10setengah sampai kul 12 lebih menahan sakit, mulut tak habis habis istigfarrrrr, mengucap , selawat. itu je mampu. menangis? tak de. suami datang dengan mak metua , kakak ipar semua. mak pulak uruskan abah yang kebetulan boleh discharge hari ni. mak metua tolong picit kan pinggang, memang kurang sikit rasa sakit tu. mak metua sempat jugak suap kn makan 3 4 kali suap, sebab masa tu dah tak lalu nak makan. TERIMA KASIH MAK! 2.30pm macam tu dokter pakar datang, nak cekk jalan. okay kali ke 4 kena seluk. 2CM nk ke 3CM.dokter pakar cakap, malam baru besalin ni. okayyyyy aku dah rasa macam tak de pinggang still 2CM? ya allahhhh! masa tu sabar lagi, istigfar lagi tahan sakit.  MAKguard pon dah datang, semua pelawat kena balik sebab waktu melawat da habis.

TAPI! aku tarik tangan suami, aku suruh dia buat tak endah je dengan MAKguard lorat tu, aku suruh dia picit kan  pinggang aku yang  kejap sakit kejap tak. 2.40pm MAK guard datang lagi, kali ni memang nak menitis air mata lepas kan tangan suami sambil pesan kat dia! tak boleh balik, tak boleh tinggal kn hospital!Lepas tu nurse datang . dia cucuk dekat peha. dia cakap itu ubat untuk kurang kan sakit/ubat tidur, dan dia suruh aku tidur. memandang kan baru 2CM. ok ubat kurang kn sakit dan ubat tidur yang aku rasa macam tak ade guna langsung! tah pape. langsung xde effect.

2.45pm, rasa memang nak terberak , tapi tahan jugak, tak nak panggil nurse, tapi rasa macam dah tak boleh blah da. nak bangun kaki menggigil. sambail jerit panggil nurse sambil meneran sekali. nurseeee! nak berakkkk! errrr tapi rasa macam dah terberak lah nurse! sebab masa tu aku rasa ada benda panas keluarrrr. nurse pulak nak tengok tapi aku tak bagi, sebab MALU! hahahaha. tapi nurse baik, dia cakap tak pe, saya bersihkan. so dengan kaki menggigil, tunjuk kat nurse. nurse cakap yang keluar darah. so ni kali ke 5 kena seluk. 1,2,3,4,5,6,7,8,9. AKU IKUT SAMA KIRA DENGAN NURSE. 9CM??? cepat nya! kelam kabut sedikit dekat situ, dokter pakar datang lagi, seluk lagi kali ke 6. YA! 9CM! air ketuban nurse pecahkan, pindah kan kat troli. lepastu tiba tiba aku kat labour room. ehhhhh aku pengsan ke ape tadi? sampai tak perasan. oh mungkin akibat sakit yang teramat aku pejam mata !


bila dah dekat labour room, sempat fikir, takde lah scary mana labour room tu, okay je. 3.00pm aku dalam labour room  tu , tak sakit pulak tiba tiba, tapi 2 minit je tahan lepas tu dah rasa nak meneran. nurse cakap. OKAYY boleh teran sekarang. okayyy aku terus tarik nafas panjang panjang dan terannn. habis nafas aku berhenti kejap . nurse cakap cepattt! aku tarik nafas balik, sambil teran aku istigfar kuat kuat. astagfirullahalazimmmmmm. terus ade baby nurse letak kat dada! YA ALLAH! syukur alhamdulillah. baby warna putih melekit, rambut lebat, hidung ummi! aku cium ubun ubun dia. hilang sakit penat semua. rasa sihat sekejap! 3.06pm selamat segalanya. syukur kehadrat ALLAH, kami 2 beranak selamat . nasib baik ubat tidur tu tak menganggu proses kelahiran. nasib baik aku tak tertidur. NASIB BAIK!

lepas 10 minit macam tu, nurse ambik baby, nurse panggil nama aku.
NURSE : NAMA AWAK SIAPA?
AKU     : ERZA.. (tak larat)
NURSE : NAMA AWAK SIAPA?
AKU     : ERZA LIANA BINTI SHAHAR
NURSE : CUBA TENGOK NI, AWAK DAPAT BABY GURL KE BABY BOY?
AKU  : BABY BOY!
NURSE  : TAHNIAH!

lepastu aku siap mintak air, da haus giler! tapi nurse cakap tunggu kejap, jahit dulu baru minum okey. JAHIT?? laaa belum jahit lagi ke? tapi okay je tak rasa ape pun. lepastu bermula kesakitan tu. sakit lahh kena jahit,! rasa macam kena jahit lagi sakit dari teran nak besalin! tapi sambil kena jahit tu sambil borak borak dengan nurse. kemain tauuu!

AKU : NURSE BANYAK TAK KOYAK?
NURSE : BANYAK!
AKU : NURSE BANYAK TAK KENA JAHIT?
NURSE : BANYAK JUGAK NI. DARAH PUN BANYAK KELUAR!
AKU : NURSE, AGAK AGAK ANAK SAYA BERAPA KG? HAHA (tapi tak gelak tau!)
NURSE : BELUM TIMBANG LAGI, NANTI SAYA BAGI TAU
AKU : BLA BLA BLA BLA BLA. membebel je !

haha! nurse nye nasib baik nak layan tau! kadang kadang sempat jugak ak tolak tangan nurse tu! sebab sumpah sakit la! dah sttle jahit, nurse tukar kan baju pastu nurse suruh chillex kejap dalam setengah jam macam tu. mula mula ingat nk tidur jap, tapi tak boleh, sebab katil belakang aku sibuk duk teran. dokter pun sebok la. haaaaaaa 1 2 3, pandaiii teran lagiiiiii... masa tu aku rasa macam '' ehh kecohhh la, nk tidur pun tak senang! kemainnnn kita da sttle kan.. belagak je! kihkihkih

setengah jam lepas tu aku di bawak ke satu sudut, kat situ bersusun la MAK MAK muka penat baru lepas teran , baru lepas melawan kesakitan , baru lepas bertarung nyawa keluar kan anak comel masing masing. lepakkk sambil tunggu nurse bagi air milo suam. dan sambil  tunggu anak .
lepas nurse dah letak anak elok elok kat tepi aku, nurse ajar aku care breastfeeding . KEKOK? ye tersangat! tapi seronok nyeee tak tau nak cakap macam mana. masa nyusukan tu! sempat tarik pipi dia! hihihi..

lepak lagi setengah jam kat situ, anak pun da tidur, elok je tak menangis macam kawan kawan dia yang lain. pukul 6setengah macam tu,aku di tolak keluar dari labour room. nurse menjerit WARIS ERZA LIANA! aku toleh, first aku nampak bapak metua aku. suami? tak de! aku just senyum je, rupanya suami aku sibuk carik handphone aku. masuk je wad, dia tak nampak aku, tau tau dia kat sebelah. cium dahi aku dua kali. SUBHANALLAH! memang bahagia sangat.


malam tu anak memang baik, tak macam kawan kawan dia yang lain. menangis je. anak? elok senyap hisap jari. comel sangat! rambut lebat, mata sepet, macam anak cina !

 sakit pun tak rasa kalau tengok anak macam ni.




 ANAK satu rezeki yang tak ternilai. ya! sangat bersyukur sebab di kurniakan cahaya mata secepat ini. seawal umur 22 tahun aku dah jadi MAK. jadi UMMI. jadi IBU. jadi MAMA untuk MUHAMMAD QAISER UWAIS BIN MUHAMAD HAFIZUDIN. insyaallah selagi ummi sihat, selagi ummi mampu, ummi akan bagi yang terbaik buat anak ummi, tapi bukan lah dengan kemewahan untuk di bangga²kan, bukan dengan kesenangan untuk di megah²kan, tapi cukup lah sekadar untuk keperluan sampai akhir hayat kelak. insyaallah.  semoga anak ummi jadi anak yang terbaik, soleh, mendengar kata, sopan dan berbudi bahasa. hormat ummi ayah dan semua.



LOTS of LOVE ♥



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik