budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

pilihanraya

assalamualaikum.

memandangkan hari ni memang aku tak ada keje. ok sebenarnya hari hari free. kehkehkeh. aku nak cerita lah sikit pasal pilihanraya yang dah nak dekat ni. bukan lah nak kata PANDAI sangat. tapi tak SALAH KALAU KELUAR KAN PENDAPAT MASING MASING.

rakyat MALAYSIA terlalu mengambil berat pasal isu SEMASA. itu adalah perkara yang terbaik sekali. AMBIK BERAT kan. ini memang salah satu trend penduduk MALAYSIA.lagi lagi yang ada FACEBOOK. tak tau lah kalau kat luar negara macam mana. sebab kan aku duduk MALAYSIA so luar negara punya cerita aku malas lah nak ambik tau.

''malaysia ni ramai orang cerdik pandai. bila isu gaza, semua bebudak di facebook jadi pakar hadis. bila datang isu lahad datu, semua bercakap gaya macam pakar senjata, pakar perang. bila musim pilihan raya, semua tiba-tiba otomatik jadi pakar politik. keh keh keh. ambik maklumat pun sumber yang sama, link2 facebook yang kawan-kawan share. fenomena cerdik pandai bermusim. lepas habis pilihan raya ni kita tengok la musim apa pula.'' ini aku just copy paste dari facebook abg ZACK ZUKHAIRI. 100% agree! dan sekarang musim apa? GWIYOMI! hahaha

okay,  MENGUNDI tu hak masing masing . pandai pandai lah korang pangkah kat mana korang rasa okay. hak masing masing nak bersuara dan bagi pendapat, tapi tak payah lah sampai nk berhentam sana, berhentam sini. apa yang korang dapat? dapat alaun beribu ke? dapat naik pangkat? atau dapat rumah banglow? kamonnn lah!

rata rata aku tengok dekat facebook, PKR mengata BN. PAS mengata DAP. lebih kurang macam tu lah.  ehh dah kata undi tu rahsia kan. korang p kecoh sana sini tu kenapa. bagi aku lah, macam tak masuk akal je benda macam ni berlaku. sekarang ni pulak dah kecoh BAB SYURGA NERAKA. tak undi bla bla masuk neraka. undi bla bla masuk syurga, eh korang ni sekolah ke tak?

SYURGA NERAKA bukan korang yang tentukan. korang duduk diam diam je dah la. aku rasa lebih baik kau fikir diri kau tu dulu, masuk neraka ke masuk syurga, dari sibuk nak masuk kan orang kat syurga dengan neraka. tah tah nak lalu titian tu pun tak lepas! ha wallahua'lam...

bila aku tengok macam ni. MELAMPAU lah! korang nak undi, just undi. kalah ke menang tu tunggu je lah keputusan nya. yang kau duk kecoh kecoh sangat lebih dari yang tercalon pasaipa? hang pulak kalut macam hang yang duk kat kerusi calon tu. lain lah hang yang tercalon kan.

nak cakap banyak tak boleh, sat g blog aku kena bandddd tak memasal. kahkahkah. cer layan you tube ni dulu. zasssssss

assalamualaikummm..
Kita sama-sama rakyat jangan bergaduh teruk-teruk sangat. Kemungkinan besaq bila kita susah nanti kawan kita yang kita duk bermusuh tu yang akan datang tolong, bukan pemimpin :)



Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik