budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..

Archives

gravatar

salam ramadhan ke 11

assalamualaikum.
lama da tak update belog (asal nak post entry baru je mesti ada ayat ni kan =.='')
haa pejam celik pejam celik da puasa ke 11. cam tak caya lak >.<
alhamdulillah masih puasa penuh. weeeee bangga jugak dengan pencapaian ni walaupun hari tu checkup kat klinik kena cucuk kancing gigi sampai demam menggigil², tapi tetap degil tak nak buka puasa. mak pulak tiap 5 minit tanya . larat tak. kalau tak buka je. anak nya tetap degil. hehehehe. akhir nya dapat gak puasa tau~! puasa ke 7 pulak bangun bangun je pukul 5.30am. haaaa ambik kau tak sempat nak masak ke apa. mak bancuh kan air milo je.  saya laki bini minum air milo dengan air suam . bangun bangun je tido suami ajak g lepak cc (cyber cafe) layan u-tube gelak gelak nak hilang kan rasa lapar. lepastu kejap kejap tanya suami. yang..yang... boleh tahan tak. suami lak sibuk suh kita buka sebab kesian kat baby. kat mak baby langsung tak kesian. T_T



tyme tu da pukul 4pm cm tu. oiiii sayang lah nak buka. pastu suami ajak jalan jalan pulak g tanjung harapan. lepak lepak sampai kul 6, terus gerak balik singgah bazar rantau panjang beli air + roti john (wajib hari hari ada) + ayam percik. pastu balik layan anak buah yang comel comel ni


Eryna Azzalea
 tup tup da nak buka. haaaaaa berjaya jugak puasa tau~! alhamdulillah. kalau boleh memang nak puasa penuh :)


sekarang baby nak masuk 6 bulan 3 minggu. aktif sangat, kekadang tu sampai tak boleh nak tidur sebab baby tendang tak benti benti. kemain lasak lagi anak ibu ni. nak tidur skang pun da susah.
mood raya belum terasa lagi tahun ni sebab roadtex mati pulak 2/8/2012 ni.  terbantut niat nak shoping :( uwaaaaaaaaaaa.. nasib baik seminggu nak raya suami dapat bonus. hehe

nasib baik jugak lah barang baby semua da settle. da beli baju baju newborn comel. pampers . botol susu. kelambu . tarmus. napkin. blanket. dll. kete sorong baby pon ayah dia da beli. kemainn excited kan. hehehehe...
da standby awal awal senang sikit. tak delah pening kepala nak pikir. lepas ni tunggu time nk bersalin je :)

baby rayyan anak chairman.

comel kan. saja nak letak pic ni. sebena nya nak tunjuk yang kita da kembang semangkuk tingkat ni. >.<

heeee.. ok lah. selamat berbuka u olls. :) akhir kata.  meh usha ni jap.

tengok dari atas belah kiri tu sampai yang besar ni ha. pipi tu bukti yang kita da bambam. hahahahaha. sekarang? jangan cakap la. lagi la berganda bambam =.=''

ok bye~! assalamualaikum...


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

assalamualaikum..

fuhh~! setelah sekian tak berapa nak lama, dah berhabuk plus berlalang bagai baru lah berjaya bukak belog pinkky ni . rindu sangat nak membebel dekat sini, tapi apakan daya masa sangat tak ada. lagi lagi sekarang nak masuk bulan puasa. bz jangan cakap lah. sekarang pun tengah sibuk uruskan nak pindah rumah. hehehe. excited raya tahun ni raya kat rumah sendiri. walaupun sebenarnya rumah tu sekangkang kera je dari rumah mak. heheheh.

sekarang pun tak da masa nak jalan jalan, holiday, bershopping dan segala nya kerana kesihatan yang tidak menentu. jalan sekejap pon da mengah + pinggang sakit.  dan hari ni kandungan saya da mencecah 23minggu = 5 bulan 3 minggu. nak masuk 6 bulan dah. pejam celik pejam celik lagi bapa bulan je lagi nak menanti LIEYANA/HAFIZ junior.♥



ini pic latest. dengan anak buah and anak buah baru. tu baby kembar saya. heeheh~



dan saya sangat sedar saya dah sangat besar di situ. heheheh.sebelum dan selepas kata nya >.<

sekarang ni duduk kejap pun dah tak boleh . pinggang sakit sangat sebab baby dah ambik sikit zat dari saya. tak pelah untuk mu sayang. ♥ jantina baby tak dapat di kenal pasti lagi, di sebab kan dah 3 kali scan tapi baby tak nak tunjuk. alaaaa baby malu la. heheheh. tak pe sayang , janji sehat, kuat, cukup sifat nya ♥

doa kan saya semoga semua nya berjalan dengan lancar ♥

okay u olls, saya nak balik ni. update laju laju pinjam pc member opis :)

n tankz pada readers yang rajin singgah walaupun blog ni 5 bulan sekali pun belum tentu ber update. tak macam dulu da. :)

salam sayang. dan selamat berpuasa to all muslimin dan muslimat. semoga puasa tahun ni mendapat hidayah dan berkat dari nya. amin. dan semoga saya boleh puasa penuh tahun ni :) insyaALLAH.


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

6 bulan lagi

assalamualaikum..

ke main besar salam tu ha. excited naw! haha

marilah sama sama kita countdown! haha. insyaallah kalau tak TER cepat atau TER lambat due date besalin 31/10/2012. so 6 bulan lagi. heeee. hati? berdebar debar tak sabar. takut? ada tapi rasa tak sabar da menutupi segala nya.

ramai mintak upload pic perut. suami tak bagi. tapi ri tu deting deting tengok bttleship dia pulak yang excited nak ambek gambar kite. heee pastu bagi pulak tu upload kat fb. mekaseh yunkk :D ohh ye! da lame baru dapat tengok bttleship. terbaik lah kan! rasa macam nak tengok lagi la :D

mula mula upload pic ni dulu, pic duduk







ramai cakap perut besar, sebab baru 3 bulan. n ramai sangat tanya. twins ke? ishhhhhh! kalau la masin mulut korang korang . dapat twins . seronokkkkk nye la hai! hehehe. tapi tak tahu lagi, minggu depan baru nak g checkup. :D RAMAI JUGAK YANG TEKA BABY GURLZ.. tak kesah la baby gurlz ke boy ke janji sempurna dan sehat hendak nya :)

so sebab ramai sangat cakap kenapa da 3 bulan perut besar sangat, kita cakap la mybe sbb duduk kot, si kita upload la pic berdiri pulak. hehe









ok. memang perut kita nampak besar kan.. hehehehe.. tak kesah besar ke kecik ke janji mummy n baby sehat :) kan.. hehe

korang korang doa kan la yang terbaik untuk kami k :)

ni ada doa doa untuk ibu ibu mengandung yang serupa dengan saya!
sama sama lah kita amalkan ye :) ok nak balik. malam ni ada dating lagi :D heheeh
assalamualaikum ♥


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

isu semasa

selamat hari jumaat. semoga hari ini lebih indah dari hari semalam. :D heeee

nak kata banyak keje, tak delah banyak sangat tapi sekarang memang malas sangat lah nak buat keje. hehehe. setiap 2 minit duk tekan news feed kat home facebook. nampak sangat lah bosan giler hari ni. pagi pagi tadi seronok lah berbalas komen, bila masuk tengahari ni mood nak tidur je yang datang. aiseyh.

di sebab kan tengah rajin menaip ni nak gak lah share pendapat tentang isu REMAJA atau BUDAK BUDAK BARU NAK UP ATAU BAHASA SEDAP NYE ORANG TAK SEDAR DIRI. ngeh ngeh ngeh =p

aku tak nak lah bual kan pasal isu pemakaian, gaya bebas diorang, or whatever. sebab kang aku cakap lebih lebih kang kena kat batang hidung sendiri. hehehe. tapi pasal isu ni aku langsung tak terjerumus okay! amboi bukan main tak aci lagi aku kan? hahahaha.

sebenarnya pasal isu ni aku nak bincang kan :-
korang nampak tak? rasa macam blur blur la pulak kan? aku paling n terpaling tak suka lah diorang guna bahasa ewww ewwww ni. bagi sesetengah orang diorang fikir bahasa macam ni soooo kreatif. bagi aku? kau bukan kreatif, kau perosak bahasa paling tegar ! gila aku benci dohhhhh. kan elok pakai bahasa biasa ni. senang nak paham, ni tak.. contoh nya :-

'' abg, jurm ur itew gie jenjalarn. bowsarn urh duwk rumah sowrang-ii ''
(baca : abg jum lah kita pergi jenjalan. bosan lah duk rumah sorang²)
aduiii sakit hati aku baca okay! bukan ke mak bapak korang hantar pi sekolah sampai tingkatan-5, siap sambung study lagi. korang ambek course mana yang ada subjek ajar macam tu =.=''
aku ni ha SPM je pun, okay je bahasa. ish ish ish. yang terpaling latest ayat yang ade -ii ni. menyampah nak tengok!

contoh lagi :-

'' kow skunk terjew kurt manerw? lamerw gurk urh xdewnga citew kow. duk turt manerw skunk? ''
(baca : ko skang keje kat mana? lama gak xdengar citer ko. duk kat mana skang?)

mana lah pergi akidah bahasa malaysia diorang ni kan? hahahaha. sakit mata ni tengok, sakit lagi hati ni weyyy! kenapa lah kena ada bahasa macam ni kan. aduhai nye ponnnnnnn =.='' turt turt, ingat kan turt keju ke turt nenas ke.

kepada yang mengguna pakai bahasa macam ni cepat cepat lah kembali ke pangkal jalan okay. kwang kwang kwang. =p

maaf pada yang terasa. hari jumaat macam ni bukan nak mengata mahu pun mengutuk, cuma nak berkongsi sahaja :D heeeee~

dah nak sambung layan facebook balik :D weeeee~


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

mengidam

assalamualaikum :)

hari ni baru terasa nak update blog :) n nak tau, ari ni adelah genap seminggu aku mula bekerja dengan sukses nye. selera makan jugak dah okay! hehe. tapi sejak due menjak ni pinggang sakit giler! tak tertahan rasa nya, kalau nak tidur tu azab je rasa nya. baru 3 bulan blom 6-7-8 bulan lagi. dugaan orang bawak baby :) sabar jela. heheheh.

cerita pasal mengidam ni, da name nya pun berbadan dua kan. mula la rasa nak makan itu ini. masa belum kawen tu, tengok orang mengandung terasa nak itu la ini lah.pelik je kan. n teringin sangat nak rasa macam mana rase MENGIDAM TU.haaa skang da rasa baru tau. kalau nak sangat tu, nak jugak! kalau lambat dapat siap boleh nangis u olls. hahahah..

2 minggu lepas, bangun je tidur terasa nak makan kuih seri muka. terus cakap dekat mak. 15minit lepas tu mak panggil dari dapur, tau tau da ada je kuih seri muka. terima kasih mak :)
minggu lepas masa ngah santai santai tengok nona kat tv3 tiba tiba terasa nak makan kuih donut pulak. aisey. masa pagi pagi tak nak terasa, ni da tengahari mana nak carik. pastu terus cakap dekat mak. kebetulan masa tu mak nak pergi tengok kakak dekat hospital. mak balik je terus panggil kat dapur, mak beli kan kuih donut dekat hospital. hehee tenkz mak.

err kenapa semua mak? suami mana? sepanjang nak n teringin ni, suami mesti keje. so mak je yang ada kat uma :D heheeh

n sekarang teringin lak nak makan nasi lemak sambal sotong. grrrr. da due hari tak dapat. mintak² hari ni dapat la. aduiii tengok gambar dia tak tahan wey..... help me!

dua hari lepas, g dating dengan suami. lama da tak dating sejak mabuk teruk ari tu. tapi kelua kejap je pergi makan pizza. then balik sebab mengantuk gila! tak tau lah kenapa sekarang keja nya nak tidur je =.=''da lama tak snap pic. dah lama tak de gamba baru. da lama tak kurus. hahahahah.ni pic latest. pipi bulat gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! err muka putih sangat sebab depan flash. hehehe. yang terlindung tu pulak gelap, padehal suami lagi putih dr kite. ngeh3 :p

14-4-2012 hari tu befday kawan baik nurul rasyha, masa tu jugak dia rasa sakit nak bersalin. padahal due date dia 17/4/2012. wahh untunglah dapat hadiah paling berharga :) baby girl 3.1kg.. tahniah yunk. comel giler!!

terus rasa tak sabar nak tengok baby aku lahir :')

p/s : Kata pakar perubatan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh wanita mengandung yang meningkatkan kepekaan deria bau( deria rasa ) . Agaknya sebab itulah biasanya mengidam membabitkan makanan bukan soal² lain.


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

indah










no words can discribe my feeling rite now :)

err nak tau sebab ape??

1- gambar kawen da siap.. yey! hahaha. akhir nya siap gak... :D nak tengok?

outdoor potrait ♥


malam berinai ♥

persandingan ♥


yey! suka gambar ni ♥





bagi tengok ni dulu okay. xdan nak update lagi. ni pon lagi 5 minit nak balik. rushing² update :)
sebenarnya da seminggu tak masuk keje. medical leave ........... alhamdulillah sekarang dah okay sikit :)

2-jeng jeng jeng... saye pregnant! hahaha. acctually da dua bulan pun :)
so sekarang dalam FASA mabuk teruk... waaaaaaaaaaaaa.. da 2 weeks tak makan nasi, bukan xnak makan tapi tak lalu nak makan. tengok nasik je nak muntah. PARAH!

------------------------------------------------------------------------------------------




okay! assalamualaikum.... sebenanye entry atas tu entry due minggu yang lalu, tak sempat update pon akibat tak larat tengok pc. dan ari ni lepas due minggu cuti, baru boleh bangun pegi keje dan sambung balik entry kat atas.. hahahaha.

ke main 2 minggu cuti. ni masuk opis pun macam biul biul sikit. pening pening lalat. pagi tadi siap siap nak p keje, suami bangun tak bagi g keje. amboii mentang mentang 2 minggu aku kat rumah terus dia suh berhenti kerja. tak mauuuuuu. sebab dekat rumah adalah sangat bosan T__T masuk je opis boss kol. boss bagi cuti lagi.. weeeeeeeee seronokkkkk.....

so tengah tak de keje ni nak la citer sikit pengalaman pregnant ni. heheheh.
kalau nak di ikut kan aku bunting pelamin. heheheh tyme sanding tu kire da pregnant la.
aku nikah 06-01-2012, sanding 4-5- feb- 2012...

due piriod aku bulan satu 24/1/2012.. so sebelum nak 24/2/2012 tu aku da rase lain. tekak ni mual je, makan nasik tak boleh. hari hari nak makan tom yam. lepastu hari hari nak makan jeruk pelam, kerap nak buang air kecil, selalu sehari 2 kali je sebab aku memang jarang minum. tapi time tu 5-6 kali nk p toilet je. then ada rase sakit dekat ari- ari. sampai search kat internet pasal permulaan pregnant. print terus tunjuk kat suami. sebab simptom² yang ada kat aku sebijik ada kat artikel tu lah. time tu memang berdebar².

bila da 24/2/2012, pergi kerja macam biasa. tunggu je bila nak piriod. hahahahaha. suami pulak kejap kejap msg tanye da piriod belum. kelakar lah masa tu. so mlm tu masing masing tak puas hati terus pergi 7e beli UPT (URINE PREGNANCY TEST) mula² beli yg rm11. balik cuba. keluar 2 line tp kabur sangat yg line ke 2

sumber google, lebih kurang macam ni. so masing masing muka kecewa, tak tau nak teruja ke tak. suami ajak kelua lagi beli UPT yang mahal cikit.. rm20. hahahaha.. hasil nya




pekat sikit kan.yang ni sumber dari aku. hehe. time ni pun tak tau nak teruja ke tak sebab tak tau keputusan nye macam mana,=.='' sengal. hahahaha. so terus g rumah kakak. kakak tengok terus kakak cakap ak pregnant. so balik rumah terus lompat kat suami. suami lak jangan cakap la hepy die mcm mana kan. sampai tak boleh tidur. hahahaha..

30/1/2012 pergi klinik nak check . terus docter suruh scan..


ni pun sumber google gak, nak scan sendiri punye, malas, heheheh. doc cakap da 5 minggu.... :')
seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk giler :D terus suami beli kan susu ANMUM. mula mula boleh minum. lepas da mabuk tengok pon tak lalu. tapi hari hari suami buat kan jugak paksa minum sampai muntah muntah sebab nasik tak makan kan. kesian kat baby.

so sepanjang pregnant ni bole makan roti canai, maggie kari, KFC. heheheh.. tu je yang lalu..
yang lain? tengok sebelah mata pun tak boleh :'(
bile da 8 minggu, pergi lagi klinik nak scan baby. pergi klinik pakar wanita. da scan, terus dengar jantung die, time tu nak menitis air mata. seronok nya hanya ALLAH je yang tau. suami? lagi la senyum sampai ke telinga. hehehe


lebih kurang macam ni lah baby 8 minggu = 2 bulan.

perkembangan baby nanti dari semasa ke same aku story lagi :)

3- baru lah dapat g honeymoon. tengah bulan 4 ni :D yey..

hari hari sekarang terasa indah ♥










+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥


Lepas je bace artikel kat atas ni, terus wahhhhhhh.. kenape comel sgt baby ni.... dalam perut dah nampak kecomelan nye.. hehhee. cerita kat suami, siap begenang air mata dia.. so sweet...
yang terpaling sweet yang no 9. '' Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.'' hehehehee...




comel sangat. nak baby cam nii. auwwww ♥♥


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

GENTING HIGHLANDS





haa nampak tak sekarang kalau buat TITLE tu stretttttt to da point je :D hahahhaha...






lepas majlis bertandang kat uma lelaki 6FEBRUARI lepas lepas lepas, satu hari je stay uma mak mertua, sebab dan akibat yang tak dapat nak di elakkan. antara nya kena pulang kan semua baju baju pengantin kat butik pengantin. sebab 9februari tu da start keje.

di sebab kan dah lama cuti, lama tak lama lah kan seminggu je punnnnnnn. terus terasa malas nak masuk opis 9februari tu malah terus rasa tak bersalah, suami isteri bangun kul 10 pagi, siap siap terus gerak pergi GENTING HIGHLANDS. HAhahaha.

sampai atas nak dekat pukul 3, kalau hari biasa taman tema yang kat luar tu dr kul bape eh lupe lak, sampai kul 6 petang je. so nak tak nak masuk jela. sorang RM50. Da kat dalam tu, main permainan kanak kanak je, yang langsung tak bahaya. kalau nak di ikut kan permainan yang paling bahaya suami isteri ni naik is
TADaaaa.. buaian pusing pusing. hahahhaa






yang kedua permainan aku rasa bahaya gak lah.... is


THE SHIP kot nama nya.. hahahhaaa sumber dr GOOGLE

PAStu
aku naik GAJAH. ahahahahaha. :p
muka hepi suami isteri naik gajah. hahahahah





:p






kalau dah naik genting, tempat wajib ambek gamba mesti kat BUS ni. boleh laa feeling feeling macam kat KOTA LONDON. hehehehe. bus ni like cafe, kalau beli makanan boleh makan kat dalam bus ni.




macam ni lah keadaan dalam bus tu. tyme ni dah tak de orang sebab dah nak pukul 6. kalau tak kemain full.



di sebab kan suami da berposing dekat dalam bus, aku berposing dekat tangge bus jela.. maen cak cak >.< heheehe




suami isteri ni gigih ambik gambar sendiri sebab tak de sape nak ambek kan gamba kami >.<




ni dekat coklat land. hahahah aku tibai je. sebab dah lupa nama nya, kat sini ade jual memacam coklat, suami isteri ni masuk sini sebab nak ambik gambar je, coklat? tak beliiiii pun :p



ni nek boat yang kena kayuh kalau nak bergerak, kalau tak nak kayuh pun boleh tapi tak bergerak lah boat nye. hahahha. sekali main 15 minit, tapi kitorang kayuh belum 5 minit lagi da pancit. hahahahahah. lepastu menggigil kaki.



ni dah penat da pusing satu genting. so lepak lepak jap sebelum balik.





okay lagi 2 minit nak pukul 6, jum lah kita balik, masing masing dah penat. :D





NI BUKAN HONEYMOON tau! hahahhaha. ok bye!


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

WEEDING PICTURES




okay. tak tahu lah dah basi ke ape cerita ni. hehehehe. tapi pedulik hape aku. aku nak hupdate jugak. hehehehe. lately aku busy sangat dekat opis ni. tak tahu lah apa yang banyak sangat keje sampai rasa nak berhenti je. haha. tak tak tak. sebenanye wat wat busy. padehal langsung tak de keje. hahahahah. okay, ni aku nak share weeding pictures aku . kalau korang ingat aku pernah mention tarikh weeding aku on 4 -5 -6 februari 2012. da lepas da. tp belum sebulan lagi kan. so kire maseh FRESH lagi la en. ngeeeee :D

4-FEBRUARI 2012 , Petang aku ada outdoor kat BOTANIC, SETIA ALAM


i'm a snow white



my hubby. love u syg ♥



sebelum bertolak, snap pic dulu >.<


with my prince charming :)


4 februari 2012 . MALAM TU PULAK MAJLIS BERINAI



with my lovely mama n abah ♥

da pengapit. di terbangkan khas dari JAYBEE. curlastttttt.. hehehe
my BFF aeen :)
gadis dan bunga >.<











5 FEBRUARI IS MAJLIS RICEPTION. HEEEEE~












with my lovely bff
da gojes . heheheeh ♥














orang kuat majlis :D wif my lovly sister ♥

6 februari PULAK MAJLIS BERTANDANG BELAH LELAKI


oren kalerrfamily belah hubby. meriah u olls ♥












6 februari TU JUGAK ADE OUTDOOR KAT BOTANIC,BUKIT TINGGI KLANG




cakk!!




n da last part is majlis bukak hadiah. ni hadiah kat uma aku. :) terima kasih pada yang datang n bagi hadiah , hehehehe , okay! akhir nya berjaya update satu entry yang mana gambar lagi banyak dari caption. hahahha. bukan ape, internet ke mainn lembappppp. sakit hatiii. dengan jem jem pc ni. huh! oh ya! sume pic sendirian berhad. yang dari cameraman tak dapat lagi. nanti da dapat aku update laju laju!

ok babai!


+ Wajib Baca Seterusnya..


Email Login

Mail Logo

tabung anak

klik klik